Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima ciri utama SG Lebih Sihat cegah sakit bagi penduduk S'pura

Nov 05, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang memulakan transformasi ketara ke atas penjagaan kesihatan melalui 'Healthier SG', atau SG Lebih Sihat, dengan mengambil tindakan sekarang bagi mencegah atau melambatkan permulaan keuzuran, dan memperlahan atau menterbalikkan trend-trend itu.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata dalam usaha proaktif mencegah individu daripada jatuh sakit, adalah penting negara ini terus berinovasi untuk mewujudkan sebuah Singapura yang lebih bijak dan sihat.



Beliau berkata demikian dalam ucapan di Hari Perdana Pusat Inovasi Penjagaan Kesihatan-Chi Innovate 2022 di Pusat Inovasi Penjagaan Kesihatan Ng Teng Fong semalam.



Di bawah strategi SG Lebih Sihat, lima ciri utama akan dilaksana. Menurut Dr Janil, langkah pertama ialah mengerahkan doktor keluarga untuk menyampaikan penjagaan pencegahan bagi penduduk.



Buat masa ini, hanya tiga dalam lima warga Singapura mempunyai doktor keluarga tetap. Ini akan ditambah dengan lebih ramai doktor dan keupayaan mereka dipertingkat untuk menjadi doktor keluarga.



Langkah kedua ialah membangunkan pelan kesihatan merangkumi penyesuaian gaya hidup, pemeriksaan kesihatan tetap dan vaksinasi sesuai.



Langkah ketiga ialah kerjasama bersama rakan-rakan masyarakat untuk membantu penduduk menjalani gaya hidup lebih sihat. Dr Janil berkata pelan kesihatan perlu dijalankan di antara lawatan klinik mereka, dan dalam kehidupan harian seseorang.



SG Lebih Sihat akan memperkasa penduduk melakar perjalanan mereka sendiri ke arah kehidupan sihat dan aktif.



Mereka akan disokong rakan masyarakat seperti Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), serta Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Persatuan Rakyat (PA), Majlis Sukan Singa-pura dan Lembaga Taman Negara (NParks).



Ciri keempat ialah pelancaran latihan pendaftaran negara bagi penduduk memberi komitmen untuk berjumpa doktor keluarga dan bertindak mengikut satu pelan kesihatan.



"Walaupun doktor keluarga akan bertindak sebagai pusat perhubungan pertama bagi menguruskan kesihatan penduduk secara holistik, program pendaftaran nasional akan diselaras oleh tiga kelompok penjagaan kesihatan kita, iaitu Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG), National University Health System (NUHS) dan SingHealth (SHS)," ujarnya.



Pendaftaran akan dibuka kepada penduduk berusia 60 tahun dan ke atas pada separuh kedua 2023, diikuti kumpulan umur 40 hingga 59 tahun pada dua tahun berikutnya.



Ciri terakhir ialah melaksana pemboleh yang diperlukan, seperti sistem maklumat teknologi (IT), pembangunan tenaga manusia dan dasar pembiayaan untuk membolehkan SG Lebih Sihat berfungsi.



"Tenaga kerja penjagaan kesihatan perlu mempunyai saiz sesuai, diurus secara berbeza dan dilengkapi dengan kemahiran betul.



"Sistem teknologi maklumat harus memastikan perkongsian data lancar untuk memudahkan penjagaan bersepadu; dan dasar pembiayaan mesti memberi insentif kepada semua penyedia penjagaan kesihatan untuk memberi lebih penekanan pada penjagaan pencegahan.



"Di samping itu, ia harus memastikan bahawa rawatan yang diperlukan terus diberikan," ujar Dr Janil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >