Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LIGA JUARA-JUARA

Liverpool menang tapi gagal duduki tempat pertama kumpulan

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Gol lewat Mohamed Salah dan Darwin Nunez memberi Liverpool kemenangan 2-0 ke atas Napoli kelmarin, tetapi ia tidak cukup untuk menafikan kedudukan pertama Napoli dalam Kumpulan A Liga Juara-Juara.



Kedua-dua pasukan telah menjamin tempat di peringkat seterusnya, tetapi masih merebut tempat pertama kumpulan A. Liverpool perlu menang sekurang-kurangnya dengan empat gol untuk mencapai kedudukan pertama.



Tiada yang luar biasa pada separuh masa pertama tetapi perlawanan mengujakan pada separuh masa kedua apabila Leo Ostigard menyangka beliau telah meletak Napoli di hadapan, tetapi gol tandukannya dibatal kerana ofsaid.



Liverpool menjamin kemenangannya dengan Salah menjaring gol lima minit sebelum perlawanan tamat, disusuli gol Nunez saat-saat akhir.



Kedua-dua pasukan menamatkan peringkat kumpulan dengan 15 mata, tetapi Napoli mempunyai perbezaan gol lebih baik.



"Itu respons yang saya mahu lihat," kata jurulatih Liverpool Jurgen Klopp selepas melihat pasukannya terkial-kial di Liga Perdana England (EPL) musim ini.



"Kami tidak meragui mutu kami dan saya tidak fikir sesiapa meraguinya, tetapi masalahnya ialah kami tidak konsisten. Ia permulaan paling buruk kumpulan ini dengan persembahan kami semasa menentang Napoli (yang menang 4-1). Mereka berhak mendapat tempat pertama dalam kumpulan."



Napoli belum pernah kalah di England dalam semua pertandingan sepanjang musim ini, setelah memenangi 13 perlawanan terakhir mereka berturut-turut.



Nunez mengganti Curtis Jones pada minit ke-73, dan tandukan pemain Uruguay itu berjaya diselamatkan penjaga gawang Napoli sebelum Salah bertindak pantas untuk menjaringkan gol.



Salah kini telah menjaringkan 43 gol Liga Juara-Juara dan hanya tinggal satu gol untuk menyamai Didier Drogba sebagai pemain Afrika penjaring terbanyak dalam pertandingan itu.



"Kami bangga kerana berjaya mengharungi kumpulan sukar, bukan mara sahaja malah mencapai kedudukan pertama," kata jurulatih Napoli Luciano Spalletti.



"Kami menentang gergasi seperti Liverpool di Anfield. Saya hanya boleh mengucapkan syabas kepada pemain saya." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >