SALAH satu loji rawatan air tertua Singapura telah dinaik taraf, dengan ia kini dilengkapi teknologi canggih yang boleh meningkatkan daya tahan air Singapura sedang negara ini menghadapi cabaran perubahan iklim.
Semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melancarkan pembukaan Choa Chu Kang Waterworks yang telah dinaik taraf.