Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Loji penyahgaraman kelima S'pura dibuka di Pulau Jurong

Loji baru itu boleh hasilkan hingga 30 juta gelen air setiap hari atau 7% permintaan air harian S'pura
Apr 18, 2022 | 05:30 AM



LOJI penyahgaraman kelima Singapura dibuka di Pulau Jurong semalam, merangsang keupayaan negara ini untuk memanfaatkan laut di sekelilingnya bagi kemampanan air.



Dilengkapi dengan teknologi air terkini, loji baru itu boleh menghasilkan hingga 30 juta gelen, atau 137,000 meter padu air setiap hari, bersamaan dengan 55 kolam renang bersaiz Olimpik, kata agensi air negara PUB.



Ini membentuk hingga 7 peratus permintaan air harian Singapura sebanyak 430 juta gelen.



Tidak seperti empat loji penyahgaraman pertama negara ini, hanya dua hingga tiga orang diperlukan untuk mengendalikan loji yang sangat automatik itu, menjadikannya loji yang paling cekap tenaga manusia.



Penyahgaraman - penukaran air laut menjadi air yang boleh diminum - adalah paip nasional Singapura yang keempat dan terakhir.



Tiga paip lain adalah air import, tadahan air tempatan dan AirBaru.



Dengan penggunaan air dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2060, PUB sebelum ini berkata rancangannya adalah untuk sumber yang tidak terjejas oleh cuaca iaitu AirBaru dan penyahgaraman memenuhi hingga 85 peratus permintaan air masa depan Singapura.



Buat masa ini, lebih separuh daripada penggunaan air setempat datang dari kawasan tadahan air dan air import.



Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, secara rasmi melancarkan loji penyahgaraman baru itu sempena permulaan Minggu Air Antarabangsa Singapura.



Penyepaduan unik loji itu dengan Kompleks Pelbagai Utiliti Tembusu Tuas Power menjadikannya sekitar 5 peratus lebih cekap tenaga daripada loji penyahgaraman konvensional, kata Encik Heng.



Seluas lebih 3.7 hektar, iaitu sebesar sekitar lima padang bola sepak, loji itu akan beroperasi sebagai sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan oleh konsortium Tuas Power-ST Engineering bagi tempoh 25 tahun.



"Penyiapan Loji Penyahgaraman Pulau Jurong... menandakan satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan air kita.



"Ini adalah loji penyahgaraman kedua yang mula beroperasi dalam dua tahun lalu," kata Encik Heng dalam ucapannya.



Beliau menyingkap bagaimana Singapura telah berkembang daripada sumber air yang bergantung kepada hujan - air import dan tadahan air setempat - kepada menambah sumber yang tidak terjejas oleh cuaca iaitu AirBaru dan penyahgaraman pada tahun 2000-an.



Encik Heng berkata beberapa dekad diperlukan untuk penyahgaraman menjadi berdaya maju daripada segi kos di Singapura, dengan loji penyahgaraman berskala besar yang pertama memulakan operasi di Tuas pada 2005.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >