Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN KEMAMPANAN DAN SEKITARAN

Loji pulih guna air Kranji akan dibangun semula

Bagi penuhi keperluan penggunaan air domestik dan industri yang kian meningkat
Mar 03, 2023 | 05:30 AM



BAGI memenuhi keperluan penggunaan air domestik dan industri yang semakin meningkat di bahagian utara negara ini, Loji Pemulihgunaan Air (WRP) Kranji dan Kilang AirBaru Kranji akan dibangunkan semula, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada Khamis.



Ini berlaku di tengah-tengah pembangunan kediaman dan perusahaan utama yang akan datang di utara, seperti Bandar Baru Tengah dan Daerah Eko Sungei Kadut.



Agensi air nasional PUB akan menggunakan teknologi rawatan lebih canggih yang mempunyai kecekapan rawatan dan penggunaan tanah lebih baik serta punya jejak karbon lebih kecil.



WRP Kranji baru misalnya akan disambungkan ke Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) - rangkaian terowong dalam yang membentuk lebuh raya besar untuk menyalurkan air terpakai - sebelum sampai ke loji pemulihgunaan air dan kilang AirBaru.



Sistem DTSS kemudiannya akan mempunyai tiga nod untuk pemulihgunaan air - WRP Kranji di utara, WRP Changi di timur dan WRP Tuas di Barat. Ketiga-tiga WRP akan ditempatkan bersama dengan kilang AirBaru.



"Apabila siap, DTSS akan mengurangkan sebanyak 50 peratus jumlah tanah yang sepatutnya diperlukan untuk prasarana air terpakai, (yang) penting bagi Singapura yang kekurangan tanah," kata Cik Fu.



"Kami mencapai kemajuan yang baik pada DTSS Fasa 2 dan menjangkakan kerja-kerja terowong siap pada separuh kedua tahun ini. Ini akan menghubungkan WRP Changi sedia ada dan WRP Tuas akan datang di barat," tambahnya.



WRP Tuas akan disiapkan menjelang 2026, di samping Kilang AirBaru Tuas, dan WRP Kranji dan Kilang AirBaru Kranji di utara akan menjadi tambahan terbaru, dengan reka bentuk awal akan dimulakan pada 2023, kata Cik Fu.



Untuk mengurangkan penggunaan air domestik, Singapura pada 2018 telah menetapkan sasaran 130 liter per kapita sehari (LPCD) menjelang 2030, tetapi pandemik Covid-19 telah meningkatkan penggunaan air dengan ketara, daripada 141 LPCD pada 2019 kepada 154 LPCD pada 2020 dan 158 LPCD pada 2021, kata PUB.



Dengan penyambungan semula kegiatan perniagaan dan kelonggaran langkah pengurusan selamat pada April 2022, PUB berkata penggunaan air isi rumah telah berkurangan dan mencapai 149 LPCD sehingga Disember 2022.



"PUB akan terus berusaha ke arah sasaran 130 LPCD menjelang 2030 dan memacu perubahan tingkah laku dalam kalangan isi rumah bagi memastikan bekalan air yang mampan dan berdaya tahan untuk masa depan," kata agensi itu.



Dalam pada itu, untuk membantu mengurangkan penggunaan air dalam industri yang banyak menggunakan air, PUB akan mewajibkan keperluan kitar semula untuk projek baru dalam sektor ini mulai 1 Jan 2024.



Ini termasuk projek dalam industri fabrikasi wafer, elektronik dan bioperubatan, yang menyumbang kira-kira 17 peratus daripada permintaan air bukan domestik, kata Cik Fu.



PUB berkata memandangkan Singapura menggunakan kira-kira 440 juta gelen air sehari dan jumlah permintaan air dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2065, air kitar semula boleh membantu syarikat mengurangkan bil air mereka dan menyumbang kepada daya saing jangka panjang mereka.



PUB menambah bahawa sumber utama pertumbuhan permintaan air dijangka datang daripada sektor bukan domestik, di mana permintaan diunjurkan meningkat daripada 55 peratus daripada jumlah penggunaan pada masa ini kepada lebih 60 peratus.



"Terdapat juga potensi tinggi untuk kitar semula air dalam industri ini, kerana aliran air terpakai mereka boleh dikitar semula dengan berkesan apabila diasingkan pada sumbernya," kata beliau.



Di samping itu, beberapa aliran air buangan dari loji elektronik dan bioperubatan adalah masih bersih, menjadikannya lebih mudah untuk dikitar semula dengan rawatan yang minimum diperlukan," katanya.



Oleh itu, loji fabrikasi wafer yang menghasilkan semikonduktor, yang menggunakan sekurang-kurangnya 60,000 m padu air setiap tahun, perlu mengitar semula sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penggunaan air mereka.



Begitu juga, loji elektronik dan bioperubatan yang menggunakan jumlah air yang sama setiap tahun akan dikehendaki mengitar semula aliran sisa yang ditetapkan.




ANTARA CONTOH INISIATIF MESRA IKLIM, KURANGI SISA



■ Mulai Tahun Kewangan (FY) 2023, MSE akan terbitkan laporan tahunan GreenGov.SG, perinci usaha, kemajuan dan rancangan sektor awam laksana usaha kemampanan.



■ Mulai FY2024, semua badan berkanun juga akan terbit laporan tahunan bagi kemampanan.



■ Mulai 3 Julai 2023, pasar raya lebih besar perlu kenakan bayaran minimum lima sen bagi setiap beg plastik yang diberi kepada pelanggan yang belanja di kedai fizikal



■ Loji Pemulihgunaan Air (WRP) PUB akan bangunkan semula Kranji WRP dan Kilang Kranji NEWater.



■ Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan pertingkat Skim Pelabelan Tenaga Mandatori (MELS) dan Prestasi Tenaga Piawaian Minimum (MEPS) dalam tempoh dua tahun akan datang.




SEKILAS RANCANGAN MSE



BUDAYA PENJAJA



Melalui Program Gerai Inkubasi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Program Pembangunan Penjaja, bersama program serupa oleh pengendali Pusat Penjaja Keusahawanan Sosial, lebih 50 penjaja baru telah sertai industri penjaja.



Geran produktiviti peringkat pusat dan peringkat gerai juga akan dipertingkat, sementara Geran Produktiviti Penjaja akan naik kepada $7,000 bagi penyelesaian digital peringkat gerai.



NEA akan biaya bersama sehingga 80 peratus kos yang ditanggung penyedia khidmat pembersihan bagi penyelesaian pembersihan automatik.



SIFAR SISA



Skim pulangkan bekas minuman akan dilaksana di mana individu akan dapat pulangan wang penuh apabila kitar semula botol plastik dan tin bungkus minuman.



NEA akan sediakan Bloobox kepada setiap isi rumah Singapura bagi bantu orang ramai kitar semula di rumah.



LINDUNG PANTAI



Agensi Air Negara (PUB) akan lancar Program Penyelidikan Perlindungan Pantai dan Pengurusan Banjir (CFRP) bernilai $125 juta bagi rangsang penyelidikan dan kerjasama rentas Institut Pengajian Tinggi, institut penyelidikan dan industri.



PUB juga akan lancar kajian pantai di kawasan Sungei Kadut dan Lim Chu Kang jelang pertengahan 2023.



TENDER TANAH BAGI MAKANAN



Agensi Makanan Singapura (SFA) akan lancar tender tanah pertama bagi pelbagai jenis makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan cendawan pada separuh kedua 2023.



PELAN UTAMA LIM CHU KANG



Rancang ubah kawasan Lim Chu Kang sebagai zon makanan tani teknologi tinggi jalan lancar setakat ini.



Dengan libat pihak kepentingan selama enam bulan pada 2021, sebuah pasukan pelbagai disiplin telah dilantik untuk bangun pelan induk terperinci pada 2023 dan akan terus kerjasama dengan pihak kepentingan semasa perancangan berlangsung.



DANA EKO SG



Di bawah panggilan geran ketiga Dana Eko SG, 77 projek telah diberi biaya $2.4 juta.



Sejak pelancaran, dana berjumlah $50 juta itu pada 2020, 182 individu dan organisasi telah dapat biaya gabungan sebanyak $9 juta bagi projek mereka.



KITAR SEMULA AIR



PUB akan wajibkan kitar semula air bagi projek baru dalam industri fabrikasi wafer, elektronik dan bioperubatan yang banyak guna air mula 1 Januari 2024.



Kadar kitar semula minimum (RR) perlu bagi loji fabrikasi wafer terlibat dalam pengilangan semikonduktor bahagian hadapan.



SISTEM PEMBETUNGAN TEROWONG DALAM (DTSS)



DTSS ialah prasarana kritikal untuk penuhi keperluan jangka panjang Singapura bagi kumpul, rawat, tambak dan lupus air terpakai.



Fasa 1 sistem DTSS telah siap pada 2008 dan hantar air terpakai dari bahagian timur Singapura ke Loji Pemulihgunaan Air (WRP) Changi.



Fasa 2 DTSS yang akan manfaat bahagian barat Singapura sedang berjalan lancar, dengan kerja-kerja bina terowong dijangka siap pada separuh kedua 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >