Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lokasi tentukan harga flat jualan semula: Pengamat

May 31, 2022 | 05:30 AM



Beberapa pengamat yang dihubungi Berita Harian semalam berkata dalam tempoh jangka panjang, flat jualan semula bagi PLH pasti meningkat.



Pengarah Daerah Kanan di Singapore Realtors Inc (SRI), Encik Mohamed Yaseen Issam Muddeen berkata selepas tempoh sekitar 15 tahun - termasuk sekitar lima tahun untuk menantikan flat itu siap serta 10 tahun tempoh penginapan minimum (MOP), harga flat jualan semula di kawasan yang ada projek PLH pastinya akan meningkat.



"Tahun lalu, terdapat lebih 259 unit HDB yang dijual lebih $1 juta - satu jumlah rekod.



"Tahun ini, 134 unit HDB telah dijual lebih $1 juta hingga sekarang dan kita boleh menjangkakan jumlah rekod lagi tahun ini.



"Dengan maklumat yang kita ada sekarang dan berdasarkan pasaran hari ini, kami menjangkakan pemilik flat PLH dapat menjual flat mereka pada harga lebih $1 juta pada masa akan datang," ujarnya.



Menurut Pengarah Daerah Kanan Bersekutu SRI, Encik Malik Sani, penjual biasanya akan mengambil kesempatan untuk menjual flat mereka pada harga yang tinggi sesuai dengan permintaan, tanpa mengira sama ada kawasan flat mereka itu mempunyai projek PLH atau tidak.



"Contohnya kalau kita lihat di kawasan Bishan, kawasan ini tidak mempunyai projek PLH tetapi harga sesetengah flat yang dijual boleh mencecah lebih $1 juta kerana orang ramai suka dengan lokasinya.



"Jadi, harga yang ditetapkan penjual itu banyak bergantung pada lokasinya dan bukan sama ada kawasan itu ada projek PLH atau tidak," katanya.



Jumaat lalu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan lebih 2,500 unit BTO di Bukit Merah dan Queenstown di bawah model PLH.



Bersama tiga projek BTO lain iaitu di Jurong West, Yishun dan Toa Payoh, yang turut dilancarkan minggu lalu, HDB melancarkan sekitar 4,600 flat BTO baru.



Model PLH diperkenal tahun lalu untuk memastikan semua flat HDB, termasuk flat di kawasan utama dan tengah, kekal dimampui.



Flat baru di bawah model PLH perlu memenuhi MOP selama 10 tahun, berbanding lima tahun bagi BTO biasa.



Pemilik flat di bawah model PLH juga boleh menjualnya kepada pembeli dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi $14,000 sebulan.



Antara syarat yang ditetapkan ini boleh menangguh bekalan flat jualan semula di estet matang selama lagi lima tahun, selain mengehadkan jumlah pembeli yang boleh membeli flat itu.



Dua projek pertama di bawah model itu - River Peaks I dan II di kawasan Rochor - dilancarkan November lalu, dengan sekitar 10 pemohon memohon bagi setiap unit empat bilik yang ditawarkan.



Satu lagi projek PLH yang dilancarkan Februari lalu - King George's Heights di kawasan Kallang Whampoa - pula mendapat lebih 17 pemohon bagi setiap unit empat bilik yang ditawarkan.



Dengan flat PLH yang mendapat sambutan amat baik daripada pemohon, pengamat hartanah memberitahu Berita Harian bahawa sama ada ini akan mendorong pemohon yang gagal mendapatkan flat BTO di bawah model PLH untuk mendapatkan flat jualan semula di kawasan itu bergantung pada keutamaan dan pendapatan mereka.



Menurut Encik Malik, sekiranya harga flat jualan semula dan flat PLH itu tidak banyak berbeza, mereka mungkin tidak akan menunggu bagi flat PLH itu.



Ini juga boleh mendorong permintaan lebih tinggi bagi flat jualan semula di kawasan itu, tambahnya.



Selain kemampuan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, turut menarik perhatian keperluan dan keutamaan pembeli yang mungkin berbeza.



"Mereka yang ingin membeli flat BTO biasanya tidak mempunyai keperluan perumahan segera dan boleh tunggu tiga hingga lima tahun bagi flat baru siap.



"Ada pula yang mungkin memilih untuk menantikan flat BTO lain di estet matang yang akan ditawarkan pada masa akan datang," ujar beliau.



Malah, menurut Encik Yaseen, jika mereka merupakan pembeli kali pertama dan memilih untuk membeli flat jualan semula, mereka juga harus mempertimbang geran hingga $160,000 yang boleh mereka manfaatkan.




FLAT-FLAT BTO & PLH YANG DITAWARKAN



Bukit Merah (Bukit Merah Ridge)



  • Ditawarkan di bawah model PLH

  • 1,669 unit tiga dan empat bilik ditawarkan (443 flat tiga bilik dan 1,226 flat empat bilik)

Queenstown (Ghim Moh Ascent)



  • Ditawarkan di bawah model PLH

  • 867 unit tiga dan empat bilik ditawarkan (196 flat tiga bilik dan 671 flat empat bilik)

Toa Payoh (Kim Keat Heights)



  • 385 unit fleksi dua bilik serta tiga dan empat bilik ditawarkan (120 flat fleksi dua bilik, 100 flat tiga bilik dan 165 flat empat bilik)

Jurong West (Lakeside View)



  • 1,016 unit fleksi dua bilik serta tiga hingga lima bilik ditawarkan (455 flat fleksi dua bilik, 101 flat tiga bilik, 246 flat empat bilik dan 214 flat lima bilik)

Yishun (Yishun Beacon)



  • 646 unit fleksi dua bilik serta empat dan lima bilik ditawarkan (273 flat fleksi dua bilik, 207 flat empat bilik dan 166 flat lima bilik)

SENARAI FLAT BTO YANG DILANCARKAN DI BAWAH MODEL PLH SEJAUH INI



November 2021: Rochor



  • River Peaks I/II

  • Tiga bilik: 280 unit (Mulai $409,000)

  • Empat bilik: 680 unit (Mulai $582,000)

Februari 2022: Kallang/Whampoa



  • King George's Heights

  • Tiga bilik: 104 unit (Mulai $353,000)

  • Empat bilik: 294 unit (Mulai $488,000)

Mei 2022: Bukit Merah



  • Bukit Merah Ridge

  • Tiga bilik: 443 unit (Mulai $377,000)

  • Empat bilik: 1,226 unit (Mulai $540,000)

Mei 2022: Queenstown



  • Ghim Moh Ascent

  • Tiga bilik: 196 unit (Mulai $369,000)

  • Empat bilik: 671 unit (Mulai $511,000)

Sumber: HDB, Kajian Huttons hingga 27 Mei 2022




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >