Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA jual basikal khidmat kongsi dengan harga $5, sekitar $30,000 diderma kepada badan amal

Aug 15, 2019 | 08:35 AM



SEKITAR 6,000 basikal khidmat perkongsian yang sebelum ini terbiar sekitar Singapura akan diberikan kepada pemilik baru- pelajar yang memerlukan di Myanmar. 



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah menjual sebanyak 5,999 basikal pada harga $5 kepada syarikat khidmat perkongsian tempatan Anywheel, menurut laporan The Straits Times. 



Anywheel akan bekerjasama dengan badan amal di Myanmar untuk mendermakan basikal tersebut, sementara LTA akan menyalurkan keuntungan sekitar $30,000 kepada dana amalnya. 



Dokumen di portal pemerolehan pemerintah GeBIZ menunjukkan bahawa LTA telah mengumumkan penjualan alat tersebut untuk eksport pada 10 Julai. Alat yang dijual tidak disebutkan. 



Dalam memberikan respons terhadap pertanyaan ST, LTA berkata ia menjual basikal yang disimpan dan telah dikumpulkan dari kawasan awam di mana ia tidak diletakkan dengan betul atau terbiar. 



Menurut LTA lagi, keuntungan dari jualan tersebut akan disalurkan kepada LTA Care Fund. 



Dana tersebut ditubuhkan untuk membantu individu dan pelajar yang kurang berkemampuan, dari segi kewangan atau fizikal, dalam keperluan kenderaan mereka. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >