Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA kaji pindah tempat kenderaan tepi jalan bagi beri ruang laluan basikal

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



TEMPAT meletak kenderaan tepi jalan di beberapa kawasan tertentu sekitar Tai Seng mungkin akan dipindahkan untuk memberi ruang kepada pembinaan laluan berbasikal dalam masa sedekad ini.



Selain memindahkan tempat letak kenderaan di sepanjang Joo Seng Road, MacTaggart Road, Kim Chuan Road dan Tai Seng Avenue, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga akan mengkaji kemungkinan menukar tiga lorong kenderaan kepada dua, di MacTaggart Road, Kim Chuan Road dan Tai Seng Avenue.



Menurut dokumen tender yang dilihat akhbar The Straits Times, pihak berkuasa juga sedang mempertimbangkan untuk mengecilkan lagi laluan kenderaan di Joo Seng Road.



LTA berkata penender boleh memberi cadangan terhadap memindahkan tempat letak kenderaan di tepi jalan sekiranya tempat tersebut tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menampung ruang pejalan kaki, laluan berbasikal dan bahu jalan (verge).



Laluan berbasikal baru harus mempunyai kelebaran minimum seluas 2.5 meter bagi laluan antara bandar dan 2 meter untuk laluan lain, menurut dokumen tender tersebut.



Penender juga perlu mengkaji kebolehlaksanaan memindahkan tempat letak kenderaan, dan mendapatkan persetujuan secara prinsip daripada agensi dan pihak berkepentingan yang terkait.



Di samping itu, LTA juga meminta penender untuk melakukan kajian terhadap keadaan lalu lintas untuk menentukan kemungkinan menukar tempat letak kenderaan menjadi tempat meletak basikal di dua kawasan - berhampiran stesen MRT Kovan, serta berhampiran Yio Chu Kang Road dan Upper Serangoon Road.



Menurut LTA, terdapat 132 lot tempat letak kereta dan 10 lot motosikal di kedua-dua kawasan yang sedang dikaji. Ia sedang berusaha untuk mewujudkan ruang bagi membina sejumlah 124 lot tempat letak basikal.



Pada Oktober 2019, LTA mengatakan ia akan mengubah beberapa tempat letak kereta di tepi jalan di kawasan pusat bandar (CBD) menjadikannya tempat untuk meletak basikal dalam usaha mendorong orang ramai menggunakan kaedah mobiliti aktif.



LTA turut mengatakan bahawa ia akan mula menukar dua kawasan tempat letak kereta di Jiak Chuan Road di Chinatown menjadi sekitar 20 tempat letak basikal, sebelum memperluas daya usaha ini ke lokasi lain.



Pakar prasarana pengangkutan dari Universiti Nasional Singapura (NUS) Encik Raymond Ong berpendapat bahawa penambakan jalan untuk menggalakkan penggunaan mobiliti aktif kian menjadi popular di seluruh dunia, seperti di Portland, Amerika Syarikat, dan Calgary di Canada.



"Biasanya apabila anda memindahkan ruang jalan dan tempat letak kenderaan, ia akan memberi kesan terutama kepada pemandu kereta privet," katanya.



"Dengan langkah baru yang diperkenalkan bagi menggalak penggunaan kenderaan elektrik, pengangkutan awam dan mobiliti aktif, ini mencerminkan komitmen Singapura untuk menjadi sebuah kota yang kurang menggunakan kereta atau 'car-lite city'."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >