Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

​LTA kesan 111 kesalahan berkaitan alat mobiliti pada hari sebelum Hari Natal

Dec 26, 2021 | 05:49 PM



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengesan 111 kesalahan mobiliti aktif seperti menaiki alat bermotor di laluan jalan kaki dalam satu operasi bersama dengan berbilang agensi​, ​pada hari sebelum Hari Natal. 



​O​perasi serata negara yang turut melibatkan polis, Lembaga Taman Negara (NPArks) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), berlangsung dari 5.30 pagi pada Jumaat (24 Disember) sehingga 5.30 pagi pada Sabtu (25 Disember). 



Ini berbanding dengan sekitar 4,900 kesalahan melibatkan alat mobiliti aktif yang dikesan pada 2019, sebelum alat mobiliti peribadi, seperti papan gelungsur elektrik dilarang digunakan di laluan jalan kaki pada April tahun lalu. 



Skuter elektrik pula dilarang pada November 2019.



Menurut kenyataannya, LTA telah mengesan sebanyak 215 kesalahan berkaitan dengan kenderaan pada Rabu dan Jumaat. 10 alat dan enam kenderaan telah ditahan. 



LTA juga mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan dan garis panduan serta tidak membiarkan sikap tidak bertanggungjawab menjejas musim perayaan untuk diri sendiri dan orang lain. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >