Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA lancar program sumbang karya seni bagi meriahkan stesen MRT

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



PARA penumpang di Stesen MRT Shenton Way yang membuka pintunya pada 13 November akan disambut oleh tiga arca yang disumbangkan di bawah program 'Gift of Art' oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Set tiga arca 'Bo-Men', yang dicipta oleh artis Daisy Boman, adalah gambaran pekerja yang berulang-alik ke dan dari kawasan pusat bandar (CBD).



Ia disumbangkan oleh kumpulan pelabuhan dan rantaian bekalan, PSA International, di bawah program 'Gift of Art' yang dilancarkan semalam.



Program ini membolehkan organisasi dan individu menyumbang karya seni atau karya seni yang ditaja oleh penaja untuk dipamerkan di kawasan awam di stesen MRT.



Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran, yang melancarkan arca di luar stesen Shenton Way semalam, berkata:



"Ini adalah satu lagi usaha untuk memeriahkan stesen MRT kami, meningkatkan lagi pengalaman perjalanan harian dan untuk membawa masyarakat sama ada mereka dalam syarikat, individu atau organisasi masyarakat ke stesen MRT kami agar mereka mengambil pemilikan lebih besar."



Pada masa ini, terdapat kira-kira 400 karya seni di lebih 92 stesen MRT, tambahnya.



Program baru ini melengkapkan program 'Art in Transit' sedia ada yang dilancarkan oleh LTA pada 1997, di mana artis tempatan ditugaskan untuk mencipta karya seni yang diilhamkan oleh asal-usul budaya dan sejarah di sekitar stesen-stesen.



Di bawah program 'Gift of Art', Keppel Corporation turut menyumbangkan dua arca gangsa haiwan terancam - seekor anak gajah India dan seekor anak badak sumbu hitam - untuk dipamerkan di stesen Keppel yang akan datang bagi meningkatkan kesedaran tentang biodiversiti dan pemuliharaan. Stesen itu dijadualkan dibuka pada 2026.



Penderma berpotensi termasuk Sekolah Victoria dan persatuan alumninya, yang mencadangkan karya seni untuk stesen MRT Siglap yang dijangka dibuka pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >