Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA tarik balik amaran kepada drebar teksi

LTA
Nov 12, 2022 | 07:29 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah menarik balik amaran yang dikeluarkan ke atas seorang pemandu teksi kerana gagal memeriksa kenderaannya untuk mencari dompet yang ditinggalkan penumpang secara tidak sengaja.



Ia juga akan mengkaji semula kaitan peraturan yang memerlukan pemandu teksi memeriksa kenderaan mereka sejurus sebelum atau selepas tamat perjalanan bagi memastikan tidak ada barangan yang ditinggalkan penumpang, kata Anggota Parlimen (AP) Gerakan Pekerja, Cik Yeo Wan Ling dalam catatan Facebook semalam.



Cik Yeo, yang juga penasihat Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Kebangsaan, berkata masyarakat teksi dan penyewa swasta bimbang dengan amaran yang diterima oleh pemandu. Kedua-dua persatuan telah menghubungi LTA untuk mendapatkan penjelasan, tambah Cik Yeo, yang juga Ahli Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol.



Insiden itu mencetuskan perbincangan dalam talian selepas pemandu teksi itu berkongsi rayuannya.



Kata Cik Yeo: "LTA menjelaskan bahawa ini adalah peraturan yang telah lama wujud, dan berfungsi sebagai amalan yang baik di pihak pemandu. LTA memutuskan untuk menarik balik surat amaran dan berkongsi bahawa tujuannya adalah mengingatkan pemandu mengenai amalan baik tersebut dan LTA tidak pernah mendakwa mana-mana pemandu bagi pelanggaran tersebut."



Cik Yeo berkata, persatuan dan pergerakan pekerja percaya bahawa keselamatan pemandu mesti menjadi keutamaan, dan keadaan kerja mereka selalunya tidak membenarkan mereka mencari barang yang ditinggalkan oleh penumpang secara tidak sengaja dengan cara yang selamat dan berkesan.



"Walaupun ia adalah amalan yang baik untuk dimiliki, ia tidak sepatutnya menjadi kewajipan yang menarik penalti," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >