Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan PSLE diumumkan minggu lalu. BERITA HARIAN mengetengahkan kisah pencapaian beberapa murid.

Luang masa bantu jaga datuk sakit tapi dapat keputusan cemerlang

Turut terlibat dalam pelbagai projek kemasyarakatan, termasuk jamuan Tahun Baru Cina bersama warga emas dan golongan berkeperluan khas
Dec 01, 2020 | 05:30 AM



SEBELUM pandemik Covid-19 mula menular, dia sering pergi ke pantai untuk menghilangkan tekanan sambil belajar.



Namun, semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan koronavirus itu, Muhammad Aleyal Hariths Mohd Nizam banyak mendapat sokongan daripada keluarga dan temannya semasa murid Sekolah Rendah Eunos itu membuat persiapan bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), yang didudukinya bulan lalu.



"Selepas selesai pembelajaran dari rumah (HBL), saya banyak menghabiskan masa berbual bersama keluarga saya.



"Saya juga bercakap bersama kawan-kawan menerusi WhatsApp atau Zoom. Dengan cara ini, kami dapat menyokong dan menggalak satu sama lain untuk menangani tekanan kami," ujarnya.



Meskipun mengakui menjalani HBL buat kali pertama adalah mencabar, anak sulung daripada empat adik-beradik itu berkata sokongan yang diterimanya sedikit sebanyak membantunya membuat persiapan bagi PSLE.



Muhammad Aleyal Hariths mendapat agregat 237 - dengan 1 gred A*, 1 A dan 2 B serta merit bagi Bahasa Melayu Lanjutan - bagi PSLE yang keputusannya diterima baru-baru ini.



Kini, murid berusia 12 tahun yang merancang masuk ke Sekolah Menengah Temasek tahun depan itu berharap dapat membangunkan sifat kepimpinannya.



Sambil mengulang kaji pelajaran, dia juga membantu menjaga datuknya yang menghidap kencing manis dan kaki kirinya dipotong, lebih-lebih lagi semasa ibunya perlu menghantar adik perempuannya yang mengalami masalah ginjal bagi pemeriksaan kesihatan setiap bulan.



Ibunya, Cik Nurlaela Mohamed Kassim, 39 tahun, berkata beliau amat senang dengan pencapaian anak sulungnya dalam PSLE, meskipun dengan cabaran yang dihadapinya.



"Sebagai naib ketua pengawas, Hariths mempunyai banyak kegiatan di sekolah dan sibuk.



"Dia juga tolong saya menjaga bapa saya dan memastikan beliau makan ubat mengikut masa apabila saya tidak di rumah," ujar Cik Nurlaela, sambil menambah bahawa beliau juga amat berterima kasih kepada guru sekolah anaknya itu bagi sokongan mereka.



Muhammad Aleyal Hariths juga berharap dapat menyertai lebih banyak projek membantu warga emas dan golongan memerlukan selepas melangkah ke sekolah menengah nanti.



Sebelum ini, dia terlibat dalam projek 'Save the Aussie Wildlife' di sekolahnya, untuk meningkatkan kesedaran bagi kehidupan liar yang terjejas akibat kebakaran belukar di Australia awal tahun ini.



Bersama rakan sekolahnya, mereka menghasilkan penanda buku dan menjualnya untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada Yayasan Hidupan Liar Sedunia (WWF).



Mereka berjaya mengumpul lebih $1,000 daripada projek tersebut.



Dia turut terlibat dalam pelbagai projek kemasyarakatan sebelum ini, termasuk jamuan tengah hari sempena Tahun Baru Cina bersama warga emas dan golongan berkeperluan khas awal tahun ini.



"Apabila kita bantu orang lain dan membuat mereka gembira, saya harap mereka juga rasa terdorong dan tahu mereka tidak keseorangan.



"Apabila saya boleh membuat seseorang tersenyum, itu sudah cukup untuk membuat saya rasa puas hati," kata Muhammad Aleyal Hariths.




"Apabila kita bantu orang lain dan membuat mereka gembira, saya harap mereka juga rasa terdorong dan tahu mereka tidak keseorangan. Apabila saya boleh membuat seseorang tersenyum, itu sudah cukup untuk membuat saya rasa puas hati."
- Muhammad Aleyal Hariths Mohd Nizam, yang berharap dapat menyertai lebih banyak projek bantu warga emas dan golongan memerlukan di sekolah menengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >