Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Luaskan penyertaan golongan gaji rendah, minoriti dalam proses dekati warga: Kajian IPS

May 19, 2021 | 09:36 PM



PROSES mendekati warga bagi menggubal dasar perlu melibatkan lebih ramai individu daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan berpendapatan rendah dan minoriti, menurut satu laporan yang dikeluarkan pada Rabu (19 Mei).



Ini antara lain boleh dilakukan dengan memberi bayaran sebagai tanda penghargaan bagi memastikan pendapatan golongan bergaji rendah tidak terjejas semasa menyertai sesi perbincangan.



Bahkan, kaedah baru melibatkan warga menyertai panel warga bagi membincangkan dan memberi saranan tentang dasar tertentu boleh digunakan untuk membincangkan topik sukar dan sensitif, ujar laporan Institut Pengajian Dasar (IPS) mengenai proses mendekati warga.



Sejak 2017, IPS bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi tugas berkaitan panel warga, termasuk Juri Warga mengenai Perang terhadap Kencing Manis, Kumpulan Kerja Warga bagi Cara Kitar Semula Betul, dan Panel Warga bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan.



IPS ditugaskan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) mengkaji aplikasi proses pendekatan itu, yang berlainan daripada proses pendekatan yang digunakan sebelum ini.



Berbeza daripada proses rundingan awam seperti menerusi unit maklum balas Reach, atau melalui gerakan Membentuk Singapura Semula dan Perbincangan Singapura Kita, yang biasanya melibatkan satu sesi, peserta dalam panel warga itu berpeluang menyertai beberapa sesi lebih mendalam, dan bekerjasama secara berpasukan dengan peserta lain untuk tempoh lebih lama.



Namun, laporan IPS itu menarik perhatian bahawa panel warga sedemikian boleh melibatkan lebih ramai individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan gaji rendah, anak muda, dan mereka yang berkelayakan pendidikan lebih rendah.



“Meskipun ada usaha gigih untuk merekrut berdasarkan kepelbagaian, kami mendapati ada beberapa segmen penduduk lebih sukar didekati,” ujar zamil penyelidikan kanan IPS, Dr Carol Soon, yang juga penulis laporan itu.



Laporan tersebut menyarankan penganjur mengambil masa secukupnya untuk merekrut peserta, atau memberi bayaran sebagai tanda penghargaan bagi memastikan pendapatan golongan bergaji rendah tidak terjejas apabila menyertai sesi panel warga.



Lebih ramai anggota minoriti juga perlu dilibatkan bagi memastikan suara mereka didengar, ujar laporan itu lagi.



Selain itu, ia menarik perhatian bahawa sektor awam perlu lebih fleksibel dalam menggunakan pelbagai kaedah mendekati warga, bersedia mengatasi perbezaan pendapat, dan melibatkan pelbagai pihak dalam pemerintah.



Laporan itu juga berkata agensi pemerintah boleh melantik pihak ketiga untuk membentuk dan mengurus keseluruhan proses pendekatan itu.



Ia juga berkata ada banyak potensi bagi inisiatif seperti panel warga dalam usaha mendekati warga di Singapura.



“Seperti yang dipaparkan oleh penggunaan kaedah panel warga di negara lain, ia boleh digunakan untuk melibatkan warga membincangkan dan memutuskan langkah selanjutnya bagi topik sukar dan sensitif,” ujar laporan itu.



Ia memberi contoh langkah Ireland melibatkan warga bagi perbincangan mengenai undang-undang menggugurkan kandungan pada 2016, dan tindakan pemerintah Korea Selatan melibatkan warga untuk membuat keputusan bagi pembinaan reaktor nuklear pada 2017.



*****



Antara saranan bagi tingkatkan proses libatkan warga dalam penggubalan dasar:



– Libatkan lebih ramai warga daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan pendapatan rendah dan minoriti



– Libatkan penyelidik masyarakat serta badan masyarakat



– Beri bayaran sebagai tanda penghargaan untuk pastikan pendapatan golongan gaji rendah tidak terjejas semasa sertai sesi



– Pastikan proses libatkan warga dapat dikekalkan



– Sektor awam perlu fleksibel, terima perbezaan, dan bangun keupayaan untuk libatkan warga



Antara saranan bagi tingkatkan proses libatkan warga dalam penggubalan dasar:



– Libatkan lebih ramai warga daripada pelbagai latar belakang, termasuk golongan pendapatan rendah dan minoriti



– Libatkan penyelidik masyarakat serta badan masyarakat



– Beri bayaran sebagai tanda penghargaan untuk pastikan pendapatan golongan gaji rendah tidak terjejas semasa sertai sesi



– Pastikan proses libatkan warga dapat dikekalkan



– Sektor awam perlu fleksibel, terima perbezaan, dan bangun keupayaan untuk libatkan warga



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >