Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lukisan mural papar sejarah, isu semasa jadi bualan

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini memaparkan sekumpulan juruanimasi yang terlibat dalam segmen muzik, video dan ilustrasi. Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan mempamerkan bakat kreatif tempatan yang baru muncul dan dikenali. BERITA HARIAN bertemu dengan pengilustrasi yang melukis mural khas untuk penduduk Singapura.



LUKISAN mural yang dipaparkan di persekitaran platform terapung Marina Bay kini juga dipaparkan di stesen MRT dan juga di dalam MRT.



Ketua ilustrasi Encik Lee Xin Li, telah melukis mercu tanda Singapura, dan apa sahaja yang dirasa relevan dan berkaitan dengan Singapura.



Antara lukisan yang boleh dilihat, selain mercu tanda di Singapura, ialah atlet Singapura, memerang, gerai makan dan juga itik Mandarin yang baru-baru ini dilihat di kawasan Hougang.



Mural tersebut diadaptasi daripada pemasangan seninya berjudul, "In Our Time", dari Muzium Seni Singapura (SAM) pada 2019.



"Dari karya lama itu, saya menambah beberapa lukisan baru untuk menjadikannya lebih relevan, seperti itik Mandarin di Hougang, penemuan dua kapal karam di Pedra Branca dan juga pusat rekreasi untuk pekerja migran," jelasnya.



Mural tersebut memaparkan lapisan sejarah, budaya, kenangan dan juga seni bina Singapura.



"Saya perhatikan mural tersebut telah menjadi bahan perbualan antara generasi dan itulah sebab mengapa mural ini terpilih.



"Sebagai contoh, warga emas menceritakan pengalaman dahulu ketika masih ada kampung, manakala generasi muda pula menunjuk dan menceritakan tentang watak kartun yang juga terdapat dalam mural itu," kata pengilustrasi itu, yang lebih dikenali dengan nama Pok Pok & Away.



"Bagi saya, lukisan yang bermakna dalam mural itu adalah sebuah gerai sate di Old Airport Road yang kini sudah tiada.



"Walaupun sudah tutup, ia membuktikan bahawa gerai itu dahulu wujud, dan dengan mural dalam bentuk peta ini, ia juga bertindak sebagai dokumentasi masa bagi sesiapa yang terjejas pada tempoh itu," jelas beliau.



"NDP tahun ini bermakna bagi artis dan mereka dalam bidang kreatif kerana mereka dapat memaparkan seni mereka dengan lebih menonjol," tambah beliau.




"Saya perhatikan mural tersebut telah menjadi bahan perbualan antara generasi dan itulah sebab mengapa mural ini terpilih.

Sebagai contoh, warga emas menceritakan pengalaman dahulu ketika masih ada kampung, manakala generasi muda pula menunjuk dan menceritakan tentang watak kartun yang juga terdapat dalam mural itu."

- Encik Lee Xin Li, pengilustrasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >