Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan baru politeknik berpeluang raih gaji lebih baik sedang ekonomi pulih

Jan 13, 2022 | 09:54 PM



LULUSAN baru daripada politeknik setempat mempunyai harapan laluan pekerjaan serta peluang meraih gaji yang lebih baik dengan ekonomi Singapura semakin memulih secara beransur.


Tinjauan pekerjaan untuk graduan yang dijalankan oleh kelima-lima politeknik di sini menunjukkan 92.2 peratus lulusan berjaya mendapat tempat kerja tetap, pekerjaan bebas atau sambilan dalam tempoh enam bulan selepas lulus daripada pusat pengajian masing-masing tahun lalu.


Ini merupakan kenaikan daripada 87.4 peratus pada 2020, apabila Singapura menghadapi kemelesetan ekonomi ekoran pandemik Covid-19.


Gaji bulanan secara purata bagi lulusan, yang mendapatkan tempat kerja tetap, meningkat daripada $2,400 pada 2020 kepada $2,500 tahun lalu, menurut tinjauan berkenaan yang dikeluarkan pada Khamis (13 Jan).


Sama seperti tahun-tahun yang lalu, lulusan daripada jurusan sains kesihatan serta teknologi digital dan maklumat meraih pendapatan yang lebih tinggi berbanding rakan sedarjah mereka daripada kursus-kursus lain.


Sejumlah 9,025 daripada 11,928 lulusan baru telah menyertai tinjauan tersebut.


Turut ditinjau adalah 5,191 daripada 8,875 lulusan tahun 2018, yang telah menyelesaikan Perkhidmatan Negara sepenuh masa antara 1 April 2020 dengan 31 Mac 2021.


Dalam satu kenyataan, pengetua Politeknik Temasek, Encik Peter Lam berkata:

“Kenaikan dalam kadar pekerjaan graduan politeknik selaras dengan pemulihan ekonomi Singapura, membuktikan latihan perindustrian relevan yang diraih pelajar kami.


“Meskipun menghadapi banyak ketidaktentuan pada tahun lalu, gaji purata bagi graduan baru dan yang sudah menjalani Perkhidmatan Negara telah meningkat, mencerminkan keyakinan majikan terhadap kemahiran dan pengetahuan graduan politeknik kami.”


Sekitar 58 peratus lulusan politeknik yang sudah bekerja tahun lalu mendapatkan tempat kerja tetap, naik daripada 52 peratus pada 2020.

Sekitar 29.4 peratus pula mendapatkan pekerjaan sambilan atau sementara, berbanding 31.6 pada 2020.

Perangkaan graduan yang bekerja secara sambilan itu termasuk 2.2 peratus yang menyertai Program Pelatihan SGUnited yang disediakan pada 2020 untuk membantu lulusan baru mempertingkat kelayakan mereka mendapat pekerjaan.


Kadar pengangguran dalam kalangan graduan politeknik baru itu juga merosot daripada 12.6 peratus pada 2020 kepada 7.18 peratus tahun lalu.


Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sekitar separuh graduan politeknik yang mendapat pekerjaan sambilan atau sementara telah menyatakan mereka sedang bersiap sedia, atau sedang melanjutkan pengajian tinggi.


Ekonomi Singapura telah naik 7.2 peratus tahun lalu – perangkaan tertinggi sejak 2010, sedang ia melonggarkan beberapa sekatan Covid-19 untuk membolehkan lebih banyak kegiatan ekonomi berlangsung semula serta mengalami kenaikan permintaan produk dan pekhidmatan.

Ekonomi Singapura telah merosot 5.4 peratus pada 2020.


Dalam kenyataannya semalam, Politeknik Singapura, Temasek, Ngee Ann, Nanyang dan Republik berkata ia telah meneruskan sokongan mereka kepada graduan mereka sepanjang pandemik ini denganmenawarkan bimbingan pekerjaan seperti usaha memadatkan pekerjaan dan bimbingan kerjaya secara peribadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >