WALAUPUN tidak lagi mewakili Sekolah Menengah Yishun dalam perlawanan sepak takraw, Encik Ahmad Anuar Umar tetap menyemai cintanya terhadap sukan itu menerusi seni lukis dan pemasangan.
Inilah yang diusahakan beliau secara gigih di Maktab Seni Lasalle sehingga kakinya mampu melangkah ke Myanmar, Mei lalu, bagi mengkaji dan mengamati sukan tradisional negara itu yang dipanggil chinlone.