Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIJIL POSSISWAZAH ISLAM DALAM MASYARAKAT KONTEMPORARI (PCICS)

Lulusan main peranan penting bimbing masyarakat: Masagos

Feb 27, 2023 | 05:30 AM



DENGAN cabaran sosial menjadi lebih rumit dan timbulnya pandangan yang lebih memecahbelahkan, lulusan Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) memainkan peranan penting dalam mendorong masyarakat Melayu/Islam untuk lebih memahami prinsip agama Islam, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini bagi menggalak masyarakat kita menerapkan ilmu agama yang ditimba dalam konteks kehidupan kontemporari masa kini, sambil juga menjadi warga yang aktif dan menyumbang, tambah beliau.



Berucap semasa upacara penyampaian sijil pada Ahad yang menyaksikan 77 asatizah menamatkan kursus selama setahun itu, Encik Masagos berkata penerimaan PCICS bermakna mereka kini diiktiraf sebagai asatizah Tahap 1 di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



PCICS, yang diumumkan pada 2019, bertujuan untuk mengukuhkan lagi graduan kepada prinsip dan tradisi hidup Islam, sambil bersikap progresif dan berpandangan ke hadapan dalam menangani cabaran kontemporari.



"Anda memainkan peranan penting dalam membimbing masyarakat Islam menjalani kehidupan beragama berdasarkan tradisi ilmu agama dan konteks semasa. Saya berharap anda akan terus giat mempertingkat ilmu dan kemahiran anda, menyumbang kepada kehidupan beragama sebagai Muslim Singapura yang berilmu, yakin dan berbudi," kata Encik Masagos, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



"Saya juga berharap anda dapat memikirkan secara kreatif akan huraian terbaik bagi pelbagai cabaran dalam kehidupan kontemporari yang dihadapi masyarakat, bersama dengan asatizah mapan dan pucuk kepimpinan agama kita. Sumbanglah ilmu dan kemahiran anda dengan tekun, yakin dan penuh hikmah," ujarnya lagi.



Turut hadir dalam upacara itu, yang berlangsung di Dewan Flower Field, Gardens by The Bay, ialah Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; dan Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad.



Encik Masagos menambah bahawa rakan kongsi Jawatankuasa Akademik PCICS Bersama (JPAC) - yang merangkumi Universiti Al-Azhar, Universiti Jordan, Universiti Nasional Singapura, dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura - memainkan peranan penting dalam menetapkan hala tuju PCICS.



JPAC telah membantu memperhalusi program PCICS secara berperingkat "untuk memastikan objektif kami untuk melatih asatizah yang berkebolehan tercapai", menurut Encik Masagos sambil menzahirkan penghargaannya ke atas institusi pengajian itu.



Seramai 11 asatizah menerima anugerah bagi pencapaian mereka dalam program PCICS 2022. Tiga kategori anugerah disampaikan, iaitu anugerah pelajar terbaik untuk modul teras, anugerah lulusan terbaik dan anugerah valediktorian.



Tahun ini, anugerah valediktorian dinobatkan kepada Ustaz Afzhalur Abdul Jaleel dan Ustazah Nabilah Mohamad Jumli.



Lebih 50 lulusan PCICS menerima sijil PCICS dan Tahap 1 ARS mereka dalam majlis itu, yang disaksikan oleh fakulti PCICS, pemimpin agama kanan dan keluarga mereka.



Upacara itu adalah yang pertama dianjurkan secara fizikal untuk lulusan PCICS berikutan kelonggaran langkah pengurusan selamat bagi Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >