SYARIKAT telekomunikasi M1 berkata ia akan melantik pakar bebas untuk mengkaji seni bina rangkaian dan sambungan selepas kejadian gangguan perkhidmatannya pada 4 Februari lalu.
M1 menyalahkan gangguan pada 4 Februari itu pada masalah kesesakan yang tidak dijangka dan berkata ia telah mengambil langkah-langkah memperbaiki rangkaian mudah alih.