Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M3 atur pelbagai kegiatan libat belia

Mar 21, 2022 | 05:30 AM



SETIAP tahun, M Kuasa Tiga (M3) akan merancangkan kegiatan untuk para belia menyumbangkan tenaga dalam membantu masyarakat Melayu Islam.



Tahun ini mereka berjaya memulakannya sebelum Ramadan menerusi sesi membersihkan Masjid Darul Aman pagi semalam sempena menjelang bulan puasa.



Demikian ujar Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Fahmi Aliman yang turut hadir dalam acara pembersihan di Masjid Darul Aman di Eunos semalam.



"Tujuan utama kami adalah untuk lebih mendedahkan belia kepada kegiatan relawan yang melibatkan masyarakat Melayu Islam.



"Tidak semua belia memahami keperluan masjid dan ini memberi mereka kesempatan untuk mempelajarinya," kata Encik Fahmi kepada Berita Harian semalam.



Beliau juga merupakan penasihat utama M3@Geylang Serai.



"Saya amat bangga dapat melihat sebahagian besar daripada relawan adalah belia," tambah Encik Fahmi.



Menurutnya, M3 mempunyai banyak rancangan melibatkan belia yang telah diaturkan sepanjang Ramadan nanti.



Dalam acara pembersihan Masjid Darul Aman semalam, ia bermula dari 9 pagi dan selesai sekitar 1 tengah hari.



Seramai 100 relawan tampil membantu dalam acara tersebut dan ia terdiri daripada relawan masjid, M3@Geylang Serai dan MudaSG, satu cabangan belia di bawah M3.



Pengasas MudaSG, Syerlita Almeyra Sherhan, 17 tahun, berkata beliau gembira dapat membantu membersihkan masjid bersama rakan lain.



"Sebagai belia, kami mempunyai lebih tenaga berbanding mereka yang lebih berusia, jadi lebih baik kami yang tampil membantu.



"Selain itu, masjid sebuah tempat awam. Kami tidak boleh mengharapkan kakitangan masjid sahaja untuk membersihkannya.



"Kami semua memainkan peranan dan saya gembira dapat menyumbangkan tenaga," ujar pelajar tahun lima di Institusi Raffles itu.



Seorang lagi relawan dari M3@Geylang Serai adalah Encik Mohamed Zailani Mohamed Said yang juga naib pengerusi pertubuhan itu.



"Jika ada bantuan yang diperlukan, kami akan membantu. Dengan gabungan tenaga antara M3 dan masjid, ia juga akan mengeratkan silaturahim antara saudara Islam.



"Kawasan masjid ini pun besar. Jadi kita pun mesti lakukan sesuatu untuk membantu," kata Encik Zailani yang giat menjadi relawan selama 15 tahun.



Beliau juga adalah pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Geylang.



Sementara itu, Pengerusi Masjid Darul Aman, Encik Izammuddin Mohamed Ali amat berterima kasih di atas pertolongan yang dihulurkan oleh pertubuhan M3 dan MudaSG.



"Kumpulan relawan masjid ini sebenarnya tidak besar. Namun setelah menyiarkan di media sosial Facebook untuk mencari relawan, alhamdulillah kami dapat menerima 50 relawan untuk membersihkan masjid ini dan sebahagian besar juga adalah belia-belia.



"Selain itu, kami amat bersyukur kerana menerima sokongan daripada M3 dan MudaSG.



"Dengan bantuan mereka, kerja pembersihan juga menjadi lebih cepat disiapkan kerana tugas-tugasnya dapat diagihkan secara meluas," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >