Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³@Geylang Serai anjur buka puasa bagi anak yatim Darul Ihsan

Apr 10, 2022 | 11:47 PM



Sekitar 50 anak-anak yatim Darul Ihsan dapat berbuka puasa ala bufet di restoran hotel semalam (Sabtu, 9 Apr) hasil usaha sama M³@Geylang Serai dengan restoran Royal Palm dan syarikat Big Foot Logistic.

Terukir senyuman di wajah kanak-kanak tersebut dapat berbuka puasa dengan lauk-pauk termasuk rendang daging, ayam lemak cili padi, chap chye dan suji sebagai pencuci mulut tajaan Royal Palm itu.

Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut berbuka puasa dengan mereka di Darul Ihsan.

Menurut beliau, acara buka puasa itu sudah lama mahu dilakukan, namun, dek pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan.

“Jadi kini, kami mengambil peluang ini – M³@Geylang Serai bersama-sama penaja dan individu-individu yang hendak menyumbang semula – untuk mengadakan acara buka puasa ini.

“Kami juga mahu ketahui apakah program yang terdapat di rumah anak yatim ini, dan bagaimana kami dapat membantu mereka dengan sumber yang kami ada agar kanak-kanak ini dapat lebih bermotivasi.

“Alhamdulillah, respons yang kami terima sangat baik, dengan makanan yang ditaja...kami lihat senyuman di wajah anak-anak ini, saya rasa mereka sangat gembira hari ini (Sabtu),” kata Encik Fahmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >