Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahasiswa S'pura pertahan debatnya dengan Mahathir

Jan 22, 2019 | 04:30 PM



MAHASISWA Singapura di Universiti Oxford, Encik Darrion Mohan, yang menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna Internet selepas berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pertikaian dua hala Singapura-Malaysia, telah mempertahankan nada yang digunakannya ketika itu.



Meskipun sesetengah orang telah menuduh anak muda berusia 22 tahun itu bersikap terlalu konfrontasi, beliau berkata Oxford Union – di mana forum itu berlangsung – secara asasnya merupakan satu persatuan bahas.



Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama akhbar The Straits Times.





Video sepanjang enam minit yang menunjukkannya berdebat dengan Tun Dr Mahathir di persatuan bahas berprestij Britain itu – yang dimuat naiknya di laman Facebook – pada 18 Januari lalu telah dikongsi lebih 5,800 kali dan meraih lebih 8,000 ‘like’ sehingga petang tadi (22 Januari).



Semasa forum berkenaan, mahasiswa tahun kedua dalam jurusan sejarah dan politik itu antara lain telah menimbulkan isu lawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, ke kapal kerajaan Malaysia yang berada di perairan Singapura baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >