Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Tinggi putuskan ganti rugi $210,000 buat PM Lee berhubung tuntutan saman fitnah ke atas laman TOC, penulis rencana

Sep 01, 2021 | 05:18 PM



MAHKAMAH Tinggi telah memutuskan ganti rugi sebanyak $210,000 kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong di atas dua tuntutan saman fitnah yang beliau ajukan mengenai rencana yang disiarkan di laman The Online Citizen (TOC).



Secara berasingan, Encik Lee telah menyaman ketua editor TOC, Encik Terry Xu dan penulis Malaysia yang menghasilkan rencana pada 15 Ogos 2019 itu, Cik Rubaashini Shunmuganathan.



Rencana bertajuk "PM Lee's Wife Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members" (Isteri PM Lee, Ho Ching, secara aneh berkongsi rencana mengenai memutuskan hubungan keluarga) itu menukil pos adik Encik Lee, Dr Lee Wei Ling, yang mengatakan bapa mereka, perdana menteri pengasas, Lee Kuan Yew, telah diperdaya PM Lee agar mempercayai bahawa rumah keluarga di 38 Oxley Road itu telah diwartakan oleh pemerintah.



Cik Rubaashini tidak hadir bagi mempertahankan dirinya di atas saman yang dituntut lantas keputusan mahkamah dibuat menyebelahi PM Lee.



Dalam keputusan kehakiman setebal 64 halaman yang dikeluarkan pada Rabu (1 September), Hakim Audrey Lim berkata beliau tidak dapat menerima kesimpulan Encik Xu bahawa PM Lee mempunyai muslihat dan memperdaya Encik Lee Kuan Yew dalam mempercayai rumah tersebut diwartakan. 



"Sebaliknya, bukti menunjukkan (PM Lee) telah menyokong permintaan Encik Lee Kuan Yew untuk merobohkan rumah itu sepertimana yang diinginkan bagi menghormati permintaan bapanya itu," tambah hakim.



Hakim Lim berkata: "Bukti itu juga menunjukkan bahawa (PM Lee) pada  masa yang sama prihatin bahawa keluarganya tidak harus meraih keuntungan secara kewangan dari pembangunan semula tapak rumah itu untuk mengelakkan tanggapan bahawa rumah itu dirobohkan dan tapak rumah itu dibangunkan semula untuk keuntungan kewangan."



Hakim Lim juga mendapati bahawa PM Lee tidak dan tiada sebab  untuk memperdaya (Encik Lee Kuan Yew) atau memaklumkan kepadanya bahawa rumah itu telah diwartakan.



Namun, PM Lee memberitahu Encik Lee Kuan Yew bahawa Kabinet berkemungkinan ingin memelihara rumah tersebut sekiranya perkara itu terjadi sebelumnya.



Hakim Lim menyatakan bahawa dalam e-mel dengan salinan kepada adik-beradiknya pada 19 Julai 2011, PM Lee memberitahu Encik Lee Kuan Yew bahawa akan lebih selamat untuk membangunkan semula tapak rumah itu ketika beliau masih hidup.



PM Lee menulis bahawa pemerintah kemudian akan mendapat tekanan besar untuk memperoleh rumah tersebut secara paksa dan mengubahnya menjadi monumen nasional, dan ramai menteri Kabinet akan menyokong usaha ini.



Walaupun begitu, e-mel tersebut menunjukkan bahawa PM Lee menyokong Encik Lee Kuan Yew dalam merobohkan rumah itu dan telah mendorong bapanya untuk membangunkan semula  tapak rumah tersebut ketika beliau masih hidup.



Hakim Lim memerintahkan Encik Xu membayar $210,000, merangkumi $160,000 sebagai ganti rugi umum dan $50,000 sebagai ganti rugi memburukkan lagi keadaan.



Kata Hakim Lim: “Saya menerima dakwaan Xu yang menjatuhkan martabat dan perwatakan PM Lee dengan menuduh bahawa beliau tidak jujur. Ini menyerang kewibawaan  peribadi (PM Lee) dan boleh menjejaskan kredibilitinya, bukan hanya secara peribadi tetapi juga sebagai PM, lantas mempersoal kesesuaiannya untuk memerintah dengan penuh kewibawaan."



Hakim Lim juga mengemukakan perintah yang menahan Encik Xu daripada menerbitkan atau menyebarkan tuduhan palsu dan fitnah lanjutan.



Mengenai saman terhadap Cik Rubaashini, Hakim Lim memutuskan ganti rugi umum sebanyak $160,000.



Bagaimanapun, hakim itu mengatakan PM Lee tidak boleh diberi ganti rugi seganda kerana fitnah berkenaan berhubung dengan rencana yang sama.



Oleh itu, Hakim Lim mengatakan bahawa kedua-dua Encik Xu dan Cik Rubaashini harus dipertanggungjawabkan “bersama-sama dan menanggung seberatnya tuduhan tersebut” dengan memberi bayaran ganti rugi sebanyak $ 160,000. Ini bermaksud bahawa PM Lee boleh menuntut $160,000 daripada Encik Xu atau Cik Rubaashini tetapi bukan kedua-duanya.



Mengenai pemberian ganti rugi tersebut, setiausaha akhbar PM Lee, Cik Chang Li Lin, mengatakan: “Seperti biasa, PM Lee berhasrat menyumbang kepada amal ganti rugi yang telah diberikan kepadanya.”



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >