Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu berdikari cari rezeki walau tidak dapat 'berlari'

Apr 04, 2019 | 05:30 AM



SEPERTI penghantar makanan lain, Cik Sumaiyah Ghazali sanggup meredah terik mentari dan kedinginan hujan semata-mata mahu memastikan makanan tiba ke pintu rumah pelanggan.



Namun, tidak seperti pekerja penghantar lain yang 'berlari' menepati masa menghantar makanan, Cik Sumaiyah, 40 tahun, menjalankan tugasnya dengan berkerusi roda.



Walau menghidapi palsi serebrum dan tidak mampu berjalan sejak lahir, kekurangan fizikalnya tidak menghambat iltizamnya untuk berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang dapat menyumbang.



"Saya cuma tak boleh jalan, tapi kalau ada kerusi roda ni… umpama kaki saya. Sekurang-kurangnya saya boleh gerak, boleh kerja," ujarnya yang mula bertugas sebagai penghantar GrabFood sejak empat bulan lalu.



Kakak sulung dalam empat beradik itu akur dengan adik-beradiknya yang lahir normal dan berpendapatan tinggi, mereka mampu membantu menyaranya.



Namun, Cik Sumaiyah mahu mencari rezeki sendiri.



"Kalau saya tak kerja, adik saya aja kerja, saya rasa macam diri saya tak guna.



"Saya tidak mahu sentiasa susahkan orang, mereka kena tampung hidup saya... sampai bila?" kata beliau penuh bersemangat.



Cik Sumaiyah pernah bertugas di pejabat dalam bidang pentadbiran, namun jarinya yang lemah membuatkan kegiatan menaip menjadi sukar.



Disebabkan itulah beliau memutuskan bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood.



Cik Sumaiyah bekerja lima hari dan meluangkan sekitar enam hingga lapan jam sehari.



Semasa ditemui Berita Harian (BH), Cik Sumaiyah berkongsi antara cabarannya ialah memastikan makanan dihantar cepat dan tepat pada waktunya.



Selain bergerak dengan kerusi roda, Cik Sumaiyah turut menaiki pengangkutan awam bagi tempat jauh seperti di luar kawasan kediamannya di Tampines.



Beliau pernah menerima aduan kerana menghantar makanan lambat, namun setelah tiba di destinasi, pelanggan itu lembut hati melihatkan keadaannya.



Kini, Cik Sumaiyah memastikan beliau memberitahu pelanggannya bahawa beliau kurang upaya bagi mengelak salah faham.



"Saya dapat kepuasan apabila saya berjaya hantar makanan tepat pada waktu…



"Saya rasa ada juga kegunaan saya hantar makanan kepada orang, maknanya khidmat saya berguna kepada masyarakat…



"Jangan hanya duduk menganggur, tak lakukan apa-apa," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >