Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu hasilkan iklan bagi jenama besar di persada dunia

May 21, 2019 | 05:30 AM



SEMASA di menengah tiga, Encik Muhammad Asyraf Azman sering gagal dalam peperiksaannya.



Namun berkat kegigihannya, bekas pelajar Sekolah Menengah Admiralty itu kini tampil sebagai pelajar terbaik dalam kursusnya di Politeknik Singapura (SP), dengan Gred Purata Mata (GPA) 3.846.



Selepas dinaikkan darjah ke menengah empat walaupun gagal mata pelajaran matematik, sains dan ilmu kemanusiaan serta mendapat keputusan kurang baik bagi mata pelajaran lain, Encik Asyraf, 19 tahun, berkata beliau berusaha memperbaiki kelemahannya.



Ini termasuk mengikuti tuisyen dan meminta bantuan daripada gurunya.



Sementara itu, anak kedua daripada keluarga dua beradik itu juga menemui kekuatannya, iaitu dalam bidang reka bentuk.



Ini kerana Encik Asyraf menyertai kegiatan kokurikulum (CCA) robotik yang memerlukannya menghasilkan robot dan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.



Ini mendorongnya meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang reka bentuk, lalu menyertai kursus kesan visual dan grafik bergerak di SP.



Ternyata, keputusannya itu membuahkan hasil.



"Saya tak sangka boleh jadi pelajar terbaik, lebih-lebih lagi kerana GPA yang saya raih semasa tahun pertama ialah 3.4.



"Tapi selepas itu, saya bekerja lebih keras dan sekarang, syukurlah saya dapat menggembirakan ibu bapa saya," katanya sambil menambah, beliau tahu orang tuanya itu agak kecewa dengan keputusannya semasa di sekolah menengah.



Namun, lebih daripada sekadar GPA, Encik Asyraf berkata terdapat faktor lain juga yang penting seperti pengalaman dan kreativiti, khususnya dalam bidang reka bentuk.



Semasa mengikuti program bekerja sambil belajar di sebuah studio setempat selama empat bulan, beliau turut didedahkan kepada sekitaran kerja dalam industri yang sebenar.



"Pada awalnya, saya menghadapi beberapa cabaran.



"Kadang-kadang saya mengambil masa terlalu lama untuk memikirkan satu reka bentuk tetapi dalam industri, ini harus dilakukan dengan cepat," katanya.



Namun, tambahnya, pengalaman itu juga membakar semangatnya mahu terus membina portfolionya dan berusaha keras dalam bidang ini.



"Satu hari nanti, saya ingin menghasilkan iklan bagi jenama besar yang dapat disaksikan seluruh dunia," ujar Encik Asyraf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >