Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu masa depan lebih baik untuk semua warga Myanmar

Warga Singapura yang dilantik sebagai Duta Khas PBB di Myanmar mahu dengar perspektif pihak berkepentingan di negara itu
Oct 27, 2021 | 05:30 AM



DUTA Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar yang baru dilantik berkata beliau berhasrat untuk mendengar perspektif semua pihak berkepentingan di negara itu.



Dalam kenyataan pertama beliau kepada media sejak pengumuman pelantikannya oleh Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, Dr Noeleen Heyzer berkata beliau sangat berbesar hati untuk mengambil peranan itu yang akan disandangnya mulai 13 Disember ini.



"Saya berharap untuk mendengar aspirasi dan perspektif semua pihak berkepentingan dengan harapan penyelesaian politik yang aman di negara ini untuk masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Myanmar," katanya kepada The Straits Times (ST).



Warga Singapura berusia 73 tahun itu, yang pernah memegang beberapa jawatan kanan di PBB, akan menggantikan Cik Christine Schraner Burgener, yang tidak diberi kebenaran untuk memasuki Myanmar oleh tentera negara itu sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu.



Dr Heyzer ialah setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia dan Pasifik antara 2007 dengan 2014.



Dalam tempoh itu, beliau telah bekerjasama dengan Asean dan Myanmar dalam usaha pembangunan dan pemulihan di sana berikutan Taufan Nargis.



Dari 2013 hingga 2015, beliau adalah penasihat Setiausaha Agung PBB untuk Timor Leste, membantu menyokong usaha pembinaan keamanan dan pembangunan.



Beliau juga merupakan ahli lembaga penasihat peringkat tinggi Setiausaha Agung PBB bagi pengantaraan.



Sebahagian daripada peranan Dr Heyzer akan melibatkan interaksi dengan junta Myanmar yang sejauh ini tidak menunjukkan kecenderungan untuk berdialog di tengah-tengah krisis politik dan ekonomi yang semakin meruncing di negara itu.



Wujudnya junta itu juga dicabar oleh anggota Perpaduan Nasional (NUG) yang terdiri daripada penggubal undang-undang yang digulingkan dan sekutu mereka.



NUG juga bersaing untuk mendapatkan hak bagi mewakili Myanmar di forum antarabangsa.



Myanmar memboikot sidang Puncak Asean, selepas blok itu memutuskan untuk mengecualikan ketua junta Min Aung Hlaing dan sebaliknya menjemput seorang penjawat awam kanan.



Selepas rampasan kuasa itu, Dr Heyzer menegaskan bahawa mana-mana mekanisme untuk perdamaian perlu terlebih dahulu bermula daripada penglibatan inklusif dan demokratik.



Beliau menambah Asean memerlukan strategi bijak dalam media sosial bagi memastikan mesejnya dapat disampaikan.



"Apa yang orang mahu sebenarnya adalah Asean yang lebih telus," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >