Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan tahun lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggalak rakyat Singapura lebih berkemampuan agar membantu golongan kurang bernasib baik, tidak mengira bangsa atau agama. Semangat menyumbang semula kepada masyarakat itu ternyata mekar dalam diri beberapa individu berikut. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
SETIAP kali selepas pulang ke sekolah, Muhd Arash Shahul Hameed (gambar kanan) perlu membantu menjaga adik bongsunya yang baru berusia tiga tahun di rumah.