Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan arah pembantu panjat bumbung kaca: Jiran

Oct 24, 2019 | 08:10 PM



SEORANG pembantu rumah yang gambarnya dirakam berdiri di atas sebuah bumbung kaca (glass awning) untuk membersihkannya pada 2017 ialah pembantu rumah kedua yang dilihat berbuat demikian.


Mahkamah daerah mendengar keterangan itu pada hari Khamis (24 Oktober) daripada Cik Villegas Lyn Balbao, seorang lagi pembantu rumah yang bekerja di rumah bersebelahan kediaman Goldhill Avenue dekat Dunearn Road itu.


Cik Balbao berkata kedua-dua pembantu di rumah tersebut telah memberitahunya bahawa majikan mereka, Belinda Huber, menyuruh mereka membersihkan bumbung tersebut dengan cara itu, lapor The Straits Times.


Ketiga-tiga pembantu rumah itu merupakan warga Filipina.


Namun, apabila diperiksa balas oleh peguam bela, Encik Mirza Namazie, Cik Balbao mengaku bahawa beliau tidak tahu sama ada Huber sememangnya telah menyuruh pembantu rumahnya berdiri atas bumbung itu.


Warga Australia berusia 37 tahun itu, yang merupakan pengarah Huber’s, iaitu syarikat induk Huber’s Butchery, meminta kesnya dibicarakan bagi satu tuduhan gagal menyediakan suasana bekerja yang selamat bagi Cik Taculad Rose Mae Mata antara awal Jun dengan 4 Julai 2017.


Menjawab pertanyaan daripada pendakwa raya Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Vala Muthupalaniappan, Cik Balbao berkata beliau sedang gosok baju di rumah majikannya pada Julai 2017 apabila beliau terlihat Cik Mata di atas bumbung kaca itu.


Beliau memberitahu Hakim Daerah Salina Ishak: “Saya keluar dan memberitahunya ia berbahaya.”


Cik Balbao menambah bahawa Cik Mata, apabila ditanya, memberitahunya bahawa Huber telah menyuruh beliau membersihkan dengan cara itu.



Kata Cik Balbao lagi, Cik Mata kemudian memintanya mengambil gambar beliau berdiri di atas bumbung itu dan Cik Balbao melakukannya.

“Saya bertanya sama dia ‘Awak mahu saya hantarkannya kepada MOM?...Beliau kata iya,” kata Cik Balbao sambil menambah bahawa beliau tidak memberikan gambar itu kepada MOM.


Sebaliknya, gambar itu dimuat naik dalam talian dan ia menjadi tular setelah itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >