Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan beri staf belia lebih dari gaji

Feb 14, 2022 | 05:30 AM



BELIAU melihat belia yang diambil bekerja perniagaannya bukan sekadar sebagai pekerja saja, malah menganggap mereka seperti keluarga sendiri yang harus dibimbing dan dibantu.



Itulah prinsip yang dipegang pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) Power Thai BBQ, Encik Syed Muhammad Farit Syed Ahmad, yang menggajikan seramai 18 pekerja belia secara sambilan di cawangannya di Simpang Bedok.



Selain menyediakan peluang pekerjaan, Encik Farit melihat ia sebagai sebahagian tugasnya juga untuk berkongsi pelajaran hidup, seperti kepentingan memahami dan menghargai wang pendapatan yang dapat diraih hasil tenaga yang diperah dalam pekerjaan.



"Golongan belia ini biasanya apabila mereka bekerja, ini kerana mereka mahu kumpulkan duit untuk membeli sesuatu atau untuk keluar bersama rakan-rakan," kata beliau.



Dengan cara ini, Encik Farit berkata belia akan belajar tentang kepentingan berjimat dan tidak membelanjakan wang mereka dengan sewenang-wenangnya.



"Saya mahu belia ini bina semangat untuk cari duit tanpa meminta ibu bapa mereka. Saya mahu mereka belajar menghargai nilai wang ini dan betapa tidak mudahnya untuk meraih pendapatan," ujarnya.



Encik Farit mengambil bekerja belia tersebut secara sambilan sebagai sebahagian usaha strategi mereka menangani masalah kekurangan tenaga kerja - satu masalah yang lazim dihadapi perniagaan dalam sektor F&B.



Langkah menggajikan belia secara sambilan ini berlaku di tengah-tengah permintaan meningkat bagi pekerja setempat menyusuli kemerosotan besar dalam jumlah pekerja asing apabila sempadan mula ditutup pada 2020.



Menurut data Kementerian Tenaga Manusia (MOM), kadar pengambilan pekerja keseluruhan bagi bukan penduduk, tidak termasuk pekerja migran domestik, susut sekitar 181,500 pada 2020.



Bagi tiga suku pertama tahun lalu pula, ia merosot melebihi 50,000 pekerja.



Khusus bagi sektor F&B, usaha menarik pekerja setempat ditemui cabaran kerana ramai yang tidak begitu berminat dek waktu kerja yang panjang dan keperluan bekerja pada hujung minggu dan musim cuti, menurut beberapa peniaga yang pernah diwawancara Berita Harian (BH) sebelum ini.



Oleh itu, ada yang mengambil pendekatan menggajikan belia, seperti pelajar dan mereka yang baru tamat Perkhidmatan Negara (NS), untuk mengisi jurang dalam kekurangan tenaga manusia itu.



Encik Farit berkongsi bahawa belia yang digajikan beliau semuanya berusia 23 tahun dan bawah dan mereka termasuk individu yang baru tamat pendidikan atau habis NS, dan ada juga yang kini sedang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi.



Gaji yang ditawarkan kepada pekerja belia sambilan itu adalah $10 sejam, melebihi kadar $7 hingga $9 sejam yang ditawarkan di tempat lain.



Selain itu, beliau memberi manfaat lain seperti makanan percuma kepada belia yang bekerja.



Encik Farit berkata beliau rasa bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pekerja belianya kerana menganggap mereka sebagai keluarganya sendiri.



"Saya sediakan persekitaran kerja yang mesra dan fleksibel supaya mereka rasa gembira. Jika saya tidak menganggap mereka keluarga saya, mereka tidak akan nikmati pekerjaan yang dilakukan," kata beliau.



Salah seorang pekerja belianya ialah, Encik Bilal Mahfuz, 19 tahun, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan peringkat GCE 'A'.



Beliau biasanya bekerja tiga hingga empat hari seminggu selama lapan jam dan dibayar sebanyak $10 sejam.



"Selain belajar tentang operasi F&B, saya juga belajar nilai-nilai kehidupan supaya jujur dan bersikap baik kepada sesiapa sahaja,'' kata Encik Bilal.




"Saya mahu belia ini bina semangat untuk cari duit tanpa meminta ibu bapa mereka. Saya mahu mereka belajar menghargai nilai wang ini dan betapa tidak mudahnya untuk meraih pendapatan,"

- Pemilik Power Thai BBQ, Encik Syed Muhammad Farit Syed Ahmad, yang menggajikan seramai 18 pekerja belia secara sambilan di cawangannya di Simpang Bedok .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >