Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Majikan dijel hukum pembantu rumah tampar diri sendiri

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang membuat pembantu rumahnya menampar dirinya sebagai hukuman, didedahkan oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya.



Semalam, Ang Poh Geok, 63 tahun, dipenjara sebulan selepas dia mengaku bersalah bagi satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan pada Cik Zin Ei Phyu.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan kewarganegaraan pembantu rumah itu.



Mahkamah diberitahu bahawa Ang membuat pembantu rumah berusia 25 tahun itu menampar dirinya tiga kali selepas menuduhnya tidak mengemas beberapa beg dengan betul.



Peristiwa itu berlaku pada 6 Oktober 2020, ketika dua wanita itu bersendirian di flat Ang di Edgefield Plains di Punggol.



Selepas Cik Zin dimarahi kerana tidak mengemas beg dengan cara yang memuaskan, beliau mula mengemasnya semula dalam diam. Namun majikannya masih tetap marah.



Ang kemudian mengarahkan Cik Zin menampar dirinya sendiri, dan beliau menuruti.



"Bagaimanapun, Ang tidak berpuas hati dengan tamparan itu. Dia menyuruh mangsa menampar dirinya dengan lebih kuat, dan mangsa mematuhinya buat kali ketiga.



"Ang melakukan semua ini walaupun menyedari ada CCTV dalam flat itu yang boleh merakam perbuatannya," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Yanying.



Peristiwa itu diketahui apabila jiran yang prihatin memaklumkan polis, mengatakan pembantu rumah itu dimarahi setiap hari.



Polis melawat flat Ang sehari selepas kejadian itu dan mendapati Cik Zin, yang menangis, kelihatan ketakutan.



Ketika disoal siasat, Ang mengaku dia kerap memarahi mangsa.



DPP Tan berkata: "Selepas menilai bahawa keselamatan pembantu rumah itu mungkin terancam jika kelakuan tertuduh meningkat, pegawai polis memaklumkan tertuduh bahawa mereka akan membuat pengaturan untuk membawa mangsa keluar dari flat itu.



"Sebagai respons, tertuduh berulang kali mencabar kuasa pegawai membawa mangsa keluar."



Memandangkan ejen Cik Zin tidak dapat dihubungi pada masa itu, pegawai polis mengiringi pembantu rumah itu keluar dari flat tersebut sementara mereka membuat pengaturan untuk beliau tinggal di tempat lain.



Peguambela N.K. Rajarh memberitahu mahkamah bahawa Ang telah disahkan mengalami gangguan penyesuaian. Beliau juga berkata Ang sedih selepas ibunya meninggal dunia pada 2019.



Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan pada pembantu rumah, Ang boleh dihukum penjara hingga empat tahun dan denda hingga $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >