Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan dijel kerana fitnah amah curi loket emas

Mar 10, 2016 | 03:15 PM



SEORANG guru prasekolah yang berbohong kononnya pembantu rumahnya mencuri loket emas sedangkan dia meletak barang kemas itu di dalam bagasi beliau dipenjara tujuh minggu pada Khamis (10 Mac).

Desai Asti Amit, seorang warga India berusia 37 tahun, mengaku bersalah memberi maklumat palsu kepada polis bahawa loket emasnya dicuri pembantu rumah warga India itu, Encik Kimei Dangmei, menyebabkan beliau ditangkap.

Kesalahan itu berlaku di sebuah agensi pembantu rumah di Blok 11, Sin Ming Road, pada 22 Ogos tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) James Low berkata Desai tidak puat hari tentang prestasi kerja Cik Kimei dan sikapnya yang kononnya buruk sejak mula bekerja pada April di flatnya di Tampines tahun itu.

Mahkamah diberitahu bahawa sekitar akhir Julai, Cik Kimei mahu pulang ke rumah, tetapi Desai dan suaminya memujuk beliau supaya terus bekerja.

Pada bulan berikutnya, Cik Kimei sekali lagi hendak pulang dan kali ini, beliau sudah menyiapkan bagasinya.

Desai berasa marah dan tidak membenarkan beliau pergi.

Pada 20 Ogos, Desai meletak sebentuk loket emas dan sebuah cawan sembahyang logam dalam bagasi Cik Kimei supaya pembantu rumah itu ditangkap a mencuri.

Esoknya, Cik Kimei memutuskan melarikan diri, tetapi meninggalkan bagasinya di flat itu.

Cik Kimei mencari perlindungan di sebuah pertubuhan kebajikan sebelum dibawa ke agensi pembantu rumah itu pada 22 Ogos.

Apabila pasangan itu muncul di agensi itu dengan bagasi Cik Kimei, ia dibuka untuk pemeriksaan. Loket emas itu jatuh dari beberapa pakaian, dan cawan sembahyang itu juga ditemui. Suami Desai kemudian menelefon polis.

Desai memberitahu polis Cik Kimei mencuri loket tersebut dan dia mengesyaki beliau turut mencuri sebentuk loket berlian.

Cik Kimei ditangkap dan ditahan di lokap balai polis sehari sebelum dibebaskan dengan jamin polis.

Pada 7 Sept, Desai mengaku kepada polis bahawa dia menganiayai Cik Kimei, yang telah pulan.

Peguam Desai memberitahu wartawan beliau diarahkan supaya mengemukakan rayuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >