Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Majikan perlu latih, perkukuh pekerja tempatan

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab berkata pekerja tempatan harus terus diperkukuhkan dalam semua tahap dan menggalak majikan bekerjasama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam usaha latihan dan transformasi untuk membantu pekerja Singapura mencapai hasil pekerjaan yang lebih baik.



Beliau, yang juga Naib Presiden NTUC, berkata sedang permintaan bagi karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) terus meningkat, ia menyediakan peluang bagi pekerja tempatan dan perkembangan kerjaya bagi mereka.



"Apabila keadaan Covid bertambah baik dan sempadan perlahan-lahan dibuka, syarikat tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan membawa balik pekerja asing sebagai penyelesaian segera.



"Saya faham bahawa terdapat beberapa pekerjaan yang perlu ditambah dengan buruh asing tetapi, kita harus membina momentum untuk melatih dan mengubah tenaga kerja Singapura kita," katanya.



Meskipun ramai mengalu-alukan pengumuman Had Maksimum Nisbah Tanggungan (DRC) yang akan dikurangkan daripada 1:7 kepada 1:5, namun menurut Encik Samad penyesuaian yang dibuat bagi menaikkan semula gaji kelayakan minimum pemohon Pas S telah menyebabkan ramai pemimpin kesatuan dan pekerja berasa "tidak berpuas hati".



Gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas S baru akan dinaikkan daripada $2,500 kepada $3,000 mulai September. Bagi sektor khidmat kewangan, ia ditetapkan pada $3,500.



Encik Samad menerangkan bahawa daripada maklum balas yang diterima, ada yang menyatakan disebabkan oleh kekangan tenaga kerja, terdapat sesetengah syarikat hanya menaikkan gaji pekerja Pas S apabila kontrak mereka diperbaharui.



Di samping itu, terdapat juga pemegang Pas S yang dinaikkan pangkat untuk mengelakkan kebimbangan mengenai ekuiti dalaman.



"Saya berharap pemerintah terus tegas dalam mengakses keperluan syarikat untuk pekerja asing dan juga bakat yang datang bagi melengkapkan tenaga kerja Singapura kita untuk menambah kemahiran dan keupayaan," ujar semasa berucap di Parlimen semalam.



Encik Samad turut berbesar hati dengan inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran.



Antaranya, peruntukan sekitar $100 juta untuk menyokong Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam usahanya memperluaskan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC).



Beliau berkata NTUC komited dan bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat untuk membentuk CTC bagi mengenal pasti latihan yang relevan untuk meningkatkan kemahiran dan mengubah pekerja seiring dengan transformasi industri.



Selain memberi penekanan terhadap pekerja tempatan, Encik Samad turut berharap sokongan yang lebih besar diberikan kepada mereka yang berpendapatan pertengahan dalam mengharungi peningkatan kos sara hidup.



"Usahlah kita lupa tentang golongan pekerja pendapatan pertengahan, yang berpendapatan lebih sedikit daripada individu berpendapatan rendah, tetapi keluarga mereka juga bergelut dengan peningkatan perbelanjaan harian, namun mereka tidak mampu mendapatkan bantuan di bawah skim sokongan pemerintah kerana tidak menepati kriteria pendapatan bagi skim sokongan ini.



"Dalam kesempatan ini, saya merayu pada pemerintah untuk mengkaji syarat kelayakan dari segi pendapatan individu mahupun keluarga dengan mengambil kira golongan yang berpendapatan pertengahan supaya mereka juga diberi sokongan yang seadilnya," ujarnya.



Meskipun begitu, Encik Samad menekankan bahawa perusahaan sosial NTUC akan terus memperkenalkan inisiatif untuk membantu rakyat Singapura menghadapi peningkatan kos sara hidup.



"Kesatuan dan NTUC akan terus melindungi pekerja kami dan Perusahaan Sosial akan terus mengurangkan kesan kos sara hidup melalui pelbagai inisiatif kami," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >