Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan perlu peka kepelbagaian budaya, nilai pekerja

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



MAJIKAN harus peka terhadap kepelbagaian budaya, nilai dan kepercayaan kakitangan mereka apabila membangunkan, mempromosi atau melaksanakan acara, program dan dasar-dasar yang tidak berkaitan dengan kerja.



Pekerja yang menyokong apa-apa tujuan di luar tempat kerja seharusnya tidak menghadapi sebarang jenis pembulian, gangguan atau pengasingan.



Ini merupakan antara garis panduan yang dipertingkatkan yang dilakarkan oleh Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP) yang akan dilaksanakan pertengahan bulan depan.



Demikian menurut satu kenyataan bersama oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) yang telah dikeluarkan semalam.



Pekerja tidak harus tertekan untuk menyertai acara, program dan dasar yang tidak berkaitan dengan kerja.



Malah, jika mereka tidak menyokong atau menyertai kegiatan tidak berkaitan dengan kerja, ia tidak harus menjejas kelakonan pekerjaan mereka.



Garis panduan yang dipertingkat itu akan menekankan peri penting membina dan mengekalkan tempat kerja yang harmoni, di mana individu yang mempunyai latar belakang, kebolehan dan kepercayaan yang berbeza terus berasa dihargai, terlibat, dan dihormati.



Amalan kerja adil: Garis panduan dipertingkat perkukuh kepelbagaian di tempat kerja



Dalam kenyataan itu juga, ia berkata majikan dan pekerja di serata dunia melakukan lebih banyak usaha untuk menyokong pelbagai matlamat di tempat kerja.



Sering, kegiatan-kegiatan itu diadakan untuk menyokong matlamat yang tidak berkaitan dengan perniagaan utama majikan atau pekerjaan yang pekerja diupah untuk lakukan, katanya.



"Garis panduan yang dipertingkat ini akan menekankan kepentingan membina dan mengekalkan tempat kerja harmoni, di mana individu yang mempunyai latar belakang, kebolehan dan kepercayaan berbeza terus berasa dihargai, terlibat dan dihormati," tambahnya.



Snef dan NTUC berkata garis panduan itu memperkukuh peri penting kepelbagaian di tempat kerja.



Pengarah Eksekutif Snef, Encik Sim Gim Guan, berkata:



"Tempat kerja adalah tempat kita menghabiskan kebanyakan masa kita. Sikap hormat-menghormati antara majikan dan pekerja dan antara rakan-rakan sekerja membentuk hubungan di tempat kerja harmoni yang kita usahakan selama ini.



"Kami sedar bahawa kepelbagaian tenaga kerja yang semakin meningkat boleh menjejas hubungan di tempat kerja. Oleh itu, adalah penting terus memperluas ruang bersama di mana kita semua boleh bekerja dan bermain bersama."



"Garis panduan tiga pihak yang dipertingkat ini, bagi mengamalkan kepekaan di tempat kerja yang harmoni, mengiktiraf kepelbagaian di tempat kerja.



"Menghormati perbezaan nilai, kepercayaan dan amalan setiap orang memupuk budaya tempat yang positif di mana pekerja dan perniagaan boleh berkembang maju."



Menurutnya, Snef akan melibatkan majikan dan mengemas kini prinsip amalan pekerjaan yang adil, termasuk garis panduan tiga pihak yang dipertingkatkan di tempat kerja itu.



"Perunding perhubungan perusahaan dan tempat kerja Snef juga bersedia memberi sokongan dan nasihat kepada anggota kami mengenai pengurusan sensitiviti di tempat kerja mereka," ujarnya.



Dalam satu pos Facebook semalam, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay, berkata majikan dijangka mematuhi prinsip amalan pekerjaan adil yang ditetapkan dalam garis panduan itu.



"NTUC tidak bertolak ansur, membiarkan dan tidak meluluskan sebarang amalan diskriminasi dan tidak adil di tempat kerja dan tidak akan teragak-agak menghentikan tindakan sedemikian," kata beliau.



Encik Tay menambah bahawa anggota kesatuan sekerja boleh melaporkan contoh ketidakpatuhan kepada kesatuan mereka atau pemimpin kesatuan atau Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep).



NTUC atau Tafep akan merujuk kes tidak mematuhi MOM untuk siasatan.



MOM mungkin mengehadkan hak istimewa Pas Kerja bagi majikan yang tidak mematuhi peraturan, kata Encik Tay.




GARIS PANDUAN DIPERTINGKAT



- Majikan harus peka terhadap pelbagai budaya, nilai dan kepercayaan pekerja mereka apabila membangunkan, menggalak atau laksana acara, program dan dasar tiada kaitan dengan kerja.



- Sokongan bagi sebarang tujuan tidak harus membawa kepada perbuatan membuli, mengganggu atau menyebabkan keaiban di tempat kerja dalam apa jua keadaan. Majikan harus sediakan sekitaran selamat bagi pekerja agar tidak menimbulkan kebimbangan mereka, termasuk melalui proses pengendalian betul.



- Pekerja dan mereka yang mencari kerja harus dinilai berdasar prestasi, kenaikan pangkat dan perkara berkaitan dengan kerja, seperti yang ditetapkan dalam Garis Panduan Tiga Pihak mengenai amalan pekerjaan adil.



- Kakitangan tidak harus diminta atau didesak menyertai acara, program dan dasar tidak berkaitan dengan kerja. Tidak menyokong atau tidak menyertai tidak harus menjejas hasil pekerjaan mereka.



- Majikan harus terus menunjukkan dan menyampaikan peri penting tempat kerja inklusif dan harmoni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >