Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis Bandaran Choa Chu Kang buat laporan polis setelah bendera China dipasang di blok HDB

Aug 08, 2019 | 08:01 AM



MAJLIS Bandar Choa Chu Kang telah membuat laporan polis setelah bendera kebangsaan China dilihat dipasangkan di blok Lembaga Perumahan (HDB).



Jurucakap majlis bandaran itu berkata semalam (7 Ogos) bahawa bendera yang dipasang di Blok 489B Choa Chu Kang Avenue 5 itu telah diturunkan. 



Beliau berkata laporan polis telah dilakukan susulan seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada majlis bandar. 



Jurucakap itu berkata bahawa majlis bandaran tidak akan memberi komen lanjut mengenai hal itu kerana siasatan polis masih lagi dijalankan. 



Seorang pembaca yang memetik gambar bendera yang diletakkan di parapet itu dan melaporkannya kepada laman web kewartawanan warga Stomp, berkata bendera itu dipasang pada pagi Isnin lalu (5 Ogos).



Akta Emblem Kebangsaan (Kawalan Paparan) menyatakan bahawa memasangkan mana-mana bendera atau lambang kebangsaan yang bukannya Singapura di khalayak ramai dianggap sebagai satu kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >