MAJLIS perkahwinan yang diadakan di lokasi terkawal seperti di dewan Kelab Masyarakat (CC) dan hotel akan memudahkan usaha menjejak kenalan jika terdapat sebarang jangkitan.
Kos anjuran majlis di CC juga hampir sama dengan bayaran sewa untuk kolong blok dalam tempoh ini, menurut Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.