Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis peringati Hari Kebangsaan di Istana

Aug 08, 2022 | 05:56 PM



UPACARA memperingati Hari Kebangsaan diadakan pagi tadi di Istana (8 Ogos), sehari sebelum negara menyambut ulang tahunnya yang ke 57 esok (9 Ogos).



Presiden Halimah Yacob disertai Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan Encik Heng Swee Keat serta kakitangan Pejabat Presiden dan Pejabat Perdana Menteri.



Dalam pos Facebook yang dimuat naiknya selepas upacara tersebut, Puan Halimah berkata beliau gembira bahawa upacara fizikal yang berskala lebih besar dapat diadakan di Istana tahun ini untuk meraikan kemerdekaan Singapura.



Beliau berkata bahawa Singapura telah melangkah jauh dan meraih banyak pencapaian sepanjang 57 tahun lalu.



“Saya yakin jika kita kekal bersatu dan berdepan dengan cabaran kita bersama, Singapura akan terus berkembang menjadi lebih kuat dalam tahun-tahun mendatang,” tulisnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >