Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Majlis tamat program suku tahunan bagi rai penyalah guna dadah tamat pemulihan

Mar 31, 2023 | 05:30 AM



MAJLIS tamat program akan diadakan bagi bekas penyalah guna dadah pada setiap suku tahun, untuk merai pencapaian mereka menamatkan program pemulihan wajib selama setahun.



Sebagai sebahagian daripada majlis tersebut, Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) akan memadankan mereka dengan 'kaki Sana', iaitu pekerja sosial relawan yang akan berkawan dengan bekas penyalah guna dadah dalam pemulihan itu dan membantu mereka kembali ke pangkuan masyarakat.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menghadiri majlis itu pada Sabtu lalu di Sana Step-up Centre@Sengkang.



Pada majlis itu, 17 bekas penyalah dadah meraikan penyempurnaan program pemulihan perkhidmatan pengurusan kes (CMS) itu.



Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata: "Perjalanan ke arah pemulihan dipenuhi pelbagai cabaran. Saya yakin bahawa anda telah mempelajari kemahiran untuk mengatasi halangan-halangan ini dan anda tidak akan bersendirian.



"Sana akan berada di sisi anda sepanjang perjalanan pemulihan anda.



"Inilah sebabnya majlis hari ini dinamakan 'Satu Perjalanan Yang Kami Akan Berjalan Bersamamu', yang menunjukkan komitmen dan dedikasi Sana bahawa anda tidak akan keseorangan."



Bekas penyalah guna dadah yang telah menamatkan CMS dan kekal bebas dadah boleh menjadi sukarelawan bersama Sana sebagai dakan pendamping.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >