Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Majoriti pembeli flat baru mampu bayar pinjaman HDB guna CPF: MND

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



DALAM tempoh enam bulan pertama tahun ini, 90 peratus pembeli flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang mengambil kunci flat baru mereka di estet bukan matang dan lebih 80 peratus yang melakukan demikian di estet matang mempunyai nisbah khidmat pinjaman perumahan (MSR) 25 peratus atau kurang bagi pinjaman HDB mereka.



Ini bermakna pembeli flat boleh membayar pinjaman HDB mereka dengan menggunakan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bulanan mereka, tanpa menambah wang tunai atau menambah jumlah yang sedikit sahaja.



Kementerian Pembangunan Negara (MND) berkata demikian dalam satu kenyataan menyusuli jawapan Menteri Kedua (Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, di Parlimen.



Kelmarin, Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied), meminta perincian jumlah kos pembangunan bagi semua flat HDB baru dan nilai dolar subsidi yang digunakan untuk harga pasaran yang dinilai bagi flat-flat baru itu.



Beliau telah merujuk kepada arahan pembetulan baru-baru ini yang dikeluarkan di bawah undang-undang berita palsu mengenai defisit HDB dan rizab lalu Singapura.



Menjawab soalannya, Cik Indranee berkata kos pembangunan terdiri daripada kos tanah dan kos pembinaan, dan lokasi berbeza mempunyai harga dan subsidi berlainan.



Memberi perincian jumlah kos pembangunan semua flat BTO baru mulai sekarang adalah "tidak membantu atau bermakna" untuk pembeli, tambahnya.



"Adakah kami perlu memberikan jumlah kos pembangunan? Kami tidak fikir apa-apa akan dicapai dengan berbuat demikian. Sebabnya ialah - apakah perkara yang penting kepada warga Singapura? Perkara yang paling penting ialah, adakah anda mampu membeli sebuah flat?" kata Cik Indranee.



"Ia tidak bermakna (untuk memberikan perincian) kerana anda hanya akan membandingkan ini dengan yang lain. Harga di satu kawasan mungkin tidak sama dengan yang lain," tambahnya.



MND menambah bahawa HDB pada mulanya menetapkan nilai pasaran flat baru agar setanding dengan mengambil kira harga flat jualan semula berdekatan, ciri-ciri dan keadaan pasaran semasa.



Seterusnya, ia menggunakan subsidi yang ketara untuk memastikan harga flat baru itu berpatutan untuk pembeli kali pertama.



Ini diukur oleh pendapatan isi rumah para penduduk dan jenis flat yang ditawarkan serta penggunaan nisbah ansuran pinjaman.



"Subsidi Bina Ikut Tempahan (BTO) disesuaikan pada setiap pelancaran BTO dan ia bergantung kepada keadaan pasaran semasa, bagi membantu melindungi pembeli rumah daripada keadaan turun naik dalam pasaran dan memastikan kemampuannya.



"Subsidi yang diberikan juga berbeza kerana ciri-ciri bekalan flat dan keadaan pasaran pada setiap pelancaran adalah berbeza. Oleh itu, ia tidak boleh dibandingkan," kata MND, yang turut menambah bahawa matlamat utama mereka adalah memastikan bahawa walaupun terdapat ciri-ciri yang berbeza, flat pada umumnya mampu dimiliki.



Pada tahun kewangan 2021, HDB menanggung defisit rekod sebanyak $4.367 bilion kerana ia mengeluarkan lebih banyak subsidi dan geran kepada pembeli dan lebih banyak projek BTO memulakan pembinaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >