SATU tinjauan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mendapati majoriti menyokong saranan membataskan meminum minuman keras di tempat awam.
Menurut MHA, peserta dalam tinjauan yang mendapatkan pandangan awam itu juga menyokong saranan mengehadkan masa penjualan minuman keras sebagai salah satu langkah mengurangkan ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam.