Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majoriti warga yakin dengan keupayaan Home Team: Shanmugam

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 77 peratus penduduk Singapura gembira dengan prestasi pemerintah dalam undang-undang dan ketenteraman di negara ini, menurut tinjauan YouGov baru-baru ini.



Ia mencerminkan keyakinan di atas keupayaan Pasukan Home Team dalam menjalankan tugas secara objektif dan adil kekal tinggi.



Ini disusuli dengan kesihatan awam pada paras 69 peratus.



Meskipun terdapat keyakinan yang menggalakkan ini, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata keadaan ini boleh berubah bila-bila masa dengan persekitaran dan keadaan pekerjaan yang semakin mencabar.



Beliau berkata demikian semalam semasa ucapannya kepada para pegawai Home Team di majlis Penyampaian Anugerah Menteri di Akademi Home Team.



"Orang ramai pada secara umumnya gembira tetapi seperti yang anda ketahui - dalam bidang kerja kami - itu boleh bertukar bila-bila masa," jelasnya.



Menggariskan cabaran dihadapi pasukan itu, beliau menyatakan ia termasuk kemajuan teknologi yang membolehkan jenayah lebih mudah dilakukan.



Cabaran lain termasuk perpaduan sosial serta ancaman pengganasan.



Demi perpaduan sosial, bahas dan dialog dijalankan lebih beradab



Menjelaskan kesan teknologi yang memudahkan jenayah dilakukan, Encik Shanmugam berkata penggunaan telefon bijak dan aplikasi 'chat' memudahkan penipuan dijalankan.



Dalam separah tahun pertama 2022, sebanyak 14,000 kes penipuan dilaporkan.



Platform itu juga memudahkan kempen maklumat bermusuh', atau 'hostile information campaigns', dijalankan dengan mudah.



Memberi contoh, beliau berkata bagaimana beberapa wadah media sosial digunakan untuk menyebarkan mesej pro-Barat di Timur Tengah dan Asia Tengah serta usaha Meta untuk menarik balik rangkaian akaun yang dipercayai sebagai sebahagian daripada "operasi pengaruh".



Akaun-akaun ini menyasarkan negara seperti Amerika Syarikat, Republik Czech dan kumpulan berbahasa Cina dan berbahasa Perancis di seluruh dunia.



"Sekarang lebih mudah untuk menyebarkan maklumat yang tidak betul atau mengadakan operasi seperti ini untuk memecahbelahkan masyarakat.



"Negara kita yang kecil, berbilang bangsa dan agama ini menjadi sasaran yang mudah," jelas Encik Shanmugam.



Dari segi perpaduan sosial pula, Encik Shanmugam berkata terdapat cabaran untuk memastikan bahas dan dialog dapat terus dijalankan demi memastikan ia kekal sivil.



Dengan identiti yang berbeza dalam masyarakat, Encik Shanmugam berkata ia kadangkala melahirkan perbincangan yang kurang sivil, lebih memecahbelahkan, dan lebih terdedah kepada keganasan.



Salah satu contoh adalah keputusan Parlimen memansuhkan Seksyen 377A dan meminda Perlembagaan untuk melindungi definisi perkahwinan.



Beliau berkata terdapat pandangan yang kuat diluahkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.



"Sebelum ini, terdapat pandangan yang kuat diluahkan dalam kalangan ramai.



"Kumpulan yang ingin mengekalkan Seksyen 377A telah menganjurkan satu persidangan manakala ada yang cuba menghalangnya daripada berlaku," katanya.



"Namun begitu, secara keseluruhannya, perbincangan diteruskan dengan tahap beradab, dan juga persidangan yang dianjurkan oleh mereka yang ingin mengekalkan seksyen 377A, kebanyakannya berlaku dengan cara yang sangat sivil.



"Di kedua-dua belah pihak, perbahasan dijalankan dengan tahap kesopanan yang tinggi," katanya.



Tambahnya, sebagai masyarakat, kita berjaya menangani topik yang sangat sensitif dan sukar tanpa kesan yang serius kepada perpaduan sosial kita.



Selain itu, Encik Shanmugam turut menekankan ancaman keganasan dan radikalisasi diri yang kekal relevan.



Sejak 2015, 46 orang yang radikal secara sendiri ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Namun, tinjauan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) 2021 mendapati bahawa terdapat penurunan tujuh mata dalam peratusan responden yang percaya bahawa Singapura adalah sasaran pengganas, berbanding 2019.



"Perasaan rakyat kita tentang ancaman kini semakin berkurangan.



"Tetapi pada hakikatnya, risiko itu ada," ujar Encik Shanmugam.



Baru-baru ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) menyatakan ia menahan seorang guru yang menjadi radikal selepas menonton video dalam talian.



Individu itu telah membuat rancangan mahu ke Gaza untuk menyertai Hamas dalam keganasan bersenjata.



"Oleh itu, penting bagi Akademi Home Team menjadi lebih pantas, bijak dan berani dalam melibatkan rakyat Singapura dan bagaimana kita bekerja apabila kita turun padang," jelasnya.



Dalam acara tersebut, Encik Shanmugam menyampaikan 202 anugerah kepada pegawai Home Team daripada berbilang agensi bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam menjalankan tugas, bekerjasama merentasi silang agensi dan berkhidmat melebihi tuntutan tugas harian.




"Sebelum ini, terdapat pandangan yang kuat diluahkan dalam kalangan ramai.

Kumpulan yang ingin mengekalkan Seksyen 377A telah menganjurkan satu persidangan manakala ada yang cuba menghalangnya daripada berlaku.

Namun begitu, secara keseluruhannya, perbincangan diteruskan dengan tahap beradab, dan juga persidangan yang dianjurkan oleh mereka yang ingin mengekalkan seksyen 377A, kebanyakannya berlaku dengan cara yang sangat sivil.

Di kedua-dua belah pihak, perbahasan dijalankan dengan tahap kesopanan yang tinggi."

- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >