Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Makin ramai jemaah tunaikan solat Jumaat

Nov 26, 2021 | 06:55 PM



SERAMAI 1,800 jemaah selamat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mawaddah petang tadi (26 November). 



Ini menyusuli langkah terbaru masjid itu untuk merintis peluang menambah ruang agar dapat menampung 100 jemaah bagi setiap zon yang disediakan.



Langkah yang diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Isnin lalu, dapat dilakukan ekoran kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang berkurangan.



Masjid Al-Mawaddah yang membuka enam zon bagi jemaahnya bagi setiap sesi, merupakan antara 20 masjid yang merintis langkah baru ini.



Solat Jumaat juga dilaksanakan dengan setiap jemaah memastikan langkah jarak selamat dipatuhi. 



Jarak antara jemaah juga telah diubah suai untuk memuatkan lebih ramai jemaah dalam setiap zon, namun ia masih menepati amalan jarak selamat. 



Jemaah yang ditemui berkata mereka bersyukur dan menyambut baik kelonggaran ini.



Seorang jemaah, Encik Farhan Sudirman, 26 tahun berkata ini merupakan peluang untuk masyarakat Islam Singapura untuk bersatu kembali melaksanakan solat Jumaat dengan bilangan jemaah yang lebih besar.



“Alhamdulillah pada saya ini satu langkah yang baik bagi kita sebagai penduduk Islam di sini kerana kita dapat lakukan solat jemaah beramai-ramai dan rasakan suasana yang lebih meriah, bersempena dengan hari Jumaat, iaitu hari kemenangan untuk orang Islam,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >