Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN KE-35 YAYASAN MENDAKI

Usaha Mendaki cetus jaya masyarakat

Nov 16, 2017 | 05:30 AM



SERAMAI 503 pelajar pelbagai peringkat menerima Anugerah Mendaki tahun ini - daripada pelajar Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) kepada universiti.



Jumlah itu peningkatan besar berbanding hanya 11 penerima apabila anugerah itu diperkenal pada 1982, dedah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Anugerah Mendaki diberikan kepada pelajar Muslim dalam golongan 10 peratus terbaik kohort kebangsaan.



Beliau berkata demikian semasa berucap dalam sambutan ulang tahun Mendaki ke-35 dan jamuan bagi Pengumpulan Dana Amanah Pendidikan (ETF) di The Grand Marquee, Hotel Fort Canning, semalam.



Tamu terhormat acara ialah Presiden Halimah Yacob.



Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan serta Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, berkata:



"Kerja keras Mendaki sejak beberapa tahun lalu telah benar-benar menunjukkan hasil menerusi kehidupan yang dipertingkat.



"Misalnya, peratus pelajar Melayu yang dapat memasuki institusi pendidikan posmenengah meningkat daripada 70 peratus pada 2009 kepada 93 peratus pada 2015.



"Pendidikan perkara utama dalam minda kebanyakan ibu bapa apabila mereka bercakap tentang anak dan ramai yang mempunyai aspirasi lebih tinggi berbanding sebelum ini."



Dr Yaacob juga berkata banyak usaha berstrategi Mendaki mencerminkan keperluan masyarakat dan arah dasar nasional.



Misalnya, Mendaki Sense ditubuhkan pada 2004 bagi menyokong latihan orang dewasa dan mendapatkan pekerjaan bagi masyarakat apabila negara menghadapi krisis kewangan serantau dan cabaran lain.



Hari ini, tambahnya, sedang negara menghadapi cabaran ekonomi gangguan, Mendaki menubuhkan Jawatankuasa Mendekati Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET).



Jawatankuasa itu membimbing Mendaki Sense memperkenal barisan usaha SkillsFuture kepada masyarakat.



Bagi merakam pencapaian penting Mendaki sepanjang 35 tahun lalu, buku peringatan akan diterbitkan pertengahan tahun depan.



Buku tersebut mencatat pelbagai usaha mencapai wawasan Mendaki melahirkan masyarakat cemerlang, malah boleh dijadikan bahan rujukan generasi akan datang.



Semasa berucap di majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang, berkata sepanjang tahun ini, Mendaki mengadakan banyak acara dan menaiktarafkan program lain badan itu ke peringkat nasional.



Antaranya ialah acara Membaca di Taman, simposium pembelajaran buat ibu bapa dan karyawan, serta Socialthon.



Beliau juga berkata walaupun ETF telah membantu ramai pelajar setiap tahun, ramai lagi yang masih memerlukan sokongan.



"Oleh sebab itu, Mendaki akan meneruskan usaha ini bagi membantu banyak lagi keluarga, terutama mereka yang mempunyai anak berumur di bawah empat tahun yang akan memasuki peringkat nurseri.



"Ini selari usaha kami mahu mengukuhkan tumpuan terhadap program tunggak Siap Sedia Ke Sekolah," ujar Cik Rahayu.




MAKLUMAT LANJUT TENTANG DANA AMANAH PENDIDIKAN (ETF)



Dana Amanah Pendidikan (ETF) ditubuhkan pada 2003 demi menghulurkan bantuan kewangan bagi urusan pendidikan anak Melayu/Islam.



ETF juga memberi dana tambahan bagi menyokong skim bantuan sedia ada yang mungkin tidak mencukupi. Dana tersebut disediakan buat pelajar prasekolah hingga sekolah menengah dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Jamuan semalam diharap mampu menjana anggaran $20,000 hasil lelong amal.



Setakat ini, 90,000 pelajar sudah meraih manfaat ETF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >