Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Ada ruang dalami kerjasama ekonomi S'pura, wilayah Indonesia

Aug 16, 2018 | 05:30 AM



TERDAPAT ruang bagi Singapura mendalami kerjasama ekonomi dengan Indonesia di peringkat wilayah, termasuk dalam bidang pengangkutan dan pembangunan mapan dengan Sumatra Utara, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dr Maliki berkata demikian sempena rangka lawatan rasmi dua hari ke Medan dan Batam yang berakhir semalam sebagai sebahagian usaha berterusan Singapura untuk memperluas kerjasama dan memperkukuh hubungan dengan Indonesia di peringkat wilayah.



Menulis di Facebook, Dr Maliki berkata beliau telah menemui Setiausaha Wilayah Sumatra Utara, Cik R. Sabrina, dan Mayor Medan, Encik Dzulmi Eldin, semasa di Medan.



"Kami bertukar-tukar idea mengenai mendalami kerjasama antara Singapura dengan Sumatra Utara, termasuk dalam pelancongan pelayaran dan huraian bandar.



"Terdapat skop untuk mendalami kerjasama ekonomi dan syarikat Singapura berminat bekerjasama dengan lebih lanjut bersama Sumatra Utara dalam bidang pengangkutan dan pembangunan mapan," jelas beliau.



Dr Maliki turut menemui Wakil Gabenor Sumatra Utara, Encik Musa Rajekshah, sambil berkata beliau berharap kerjasama rapat di bawah kepimpinan baru wilayah itu yang diterajui Gabenor, Encik Edy Rahmayadi, dan Encik Musa dapat berterusan.



Beliau juga menemui para ketua perniagaan setempat di sana, di mana mereka membincangkan perkembangan ekonomi wilayah dan antarabangsa.



Dr Maliki turut mengunjungi Cocowork at Clapham - sebuah pengendali ruang kerja bersama di Medan.



"Saya rasa terdorong melihat ramai anak muda berkumpul bersama, bekerja dalam sekitaran yang bertenaga.



"Malah, tiga syarikat Singapura, termasuk start-up, berpangkalan di Cocowork juga. Ia satu peluang baik untuk lebih memahami peluang dan cabaran perniagaan di Sumatra Utara," kata beliau.



Di Batam, Dr Maliki menemui Mayor Batam, Encik Muhammad Rudi, dan pengerusi agensi pemudahan pelaburan Penguasa Zon Bebas Batam Indonesia (BP Batam), Encik Lukita Dinarsyah Tuwo, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.



Semasa lawatannya ke Medan dan Batam itu, Dr Maliki juga menghadiri resepsi Hari Kebangsaan Singapura yang dianjur konsulat umum Singapura di Medan dan Batam.



"Ia selalu satu acara yang menggembirakan untuk berhubung dengan rakyat Singapura di luar negara dan meraikan acara istimewa ini bersama rakan Indonesia kita!" tulis Dr Maliki di Facebook tentang sambutan Hari Kebangsaan di Medan.



Dr Maliki diiringi pegawai MFA semasa lawatan tersebut.




"Saya rasa terdorong melihat ramai anak muda berkumpul bersama, bekerja dalam sekitaran yang bertenaga. Malah, tiga syarikat Singapura, termasuk start-up, berpangkalan di Cocowork juga. Ia satu peluang baik untuk lebih memahami peluang dan cabaran perniagaan di Sumatra Utara."
- Dr Mohamad Maliki Osman sewaktu lawatan di Medan.




Laporan lanjut: Maliki lawat Batam, Medan perluas kerjasama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >