MENTERI di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Kelantan pada Ahad.
Beliau melakukan siri pertemuan itu sempena lawatannya ke Kelantan dan Terengganu mulai Sabtu hingga Rabu (15-19 April).
Antaranya adalah Encik Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, mantan pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan mantan Ahli Parlimen (AP) Bachok yang juga anak kepada mantan Menteri Besar Kelantan (1990-2013), Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Dr Maliki juga mengadakan pertemuan dengan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru yang juga anggota Majlis Syura PAS, Datuk Johari Mat; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; serta AP Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Semasa di Kelantan, Dr Maliki juga dijadual bertemu Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke dua negeri di Malaysia itu sejak memegang jawatan dalam Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 2015.
Dalam satu kenyataan, MFA berkata lawatan tersebut adalah sebahagian usaha Singapura untuk mengukuhkan hubungan berpanjangan dengan negeri-negeri di Malaysia serta meneroka bidang baru kerjasama.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Maliki adakan pertemuan bersama pemimpin Kelantan
Apr 16, 2023 | 03:49 PM