Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Maliki ketuai semakan tinjau persediaan lulusan ITE, poly bagi pekerjaan

Dec 04, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman akan mengetuai semakan untuk meninjau apa lagi yang boleh dilakukan kementeriannya untuk memastikan para lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan lima politeknik bersedia bagi dunia pekerjaan.



Mengumumkan semakan itu semalam, Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong berkata ia adalah penting untuk memastikan para lulusan "meraih kemahiran dan keupayaan kukuh yang boleh dipadankan dengan kepentingan dan juga keperluan majikan dan industri."



Lebih banyak maklumat mengenai semakan itu akan dikongsi dalam masa akan datang.



Encik Wong berkata demikian mengenai masa depan pendidikan, pada sesi pertama siri webinar yang dianjurkan Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk meraikan ulang tahun ke-115.



Ia telah diadakan di Shaw Foundation Alumni House dengan bilangan peserta yang terhad dan ditayangkan secara dalam talian kepada lebih ramai penonton.



Siri Penceramah Unggul NUS115 dengan tema "Mencorak Masa Depan" akan berlangsung sehingga suku pertengahan dan ketiga tahun depan bergantung pada keadaan Covid-19.



Encik Wong berkata laluan pelbagai bagi pelajar merupakan satu kekuatan utama yang perlu Singapura terus mendukung.



"Di merata dunia, terlalu banyak negara telah beralih kepada model akademik pengajian tinggi atau pendidikan universiti," katanya.



"Saya rasa di Singapura kita amat bertuah dapat mengelakkan ketidakseimbangan ini kerana kita telah memberikan banyak tumpuan sepanjang beberapa tahun kepada latihan teknikal dan vokasional.



"Dan kerana itulah kita sering menyatakan bahawa ITE ialah permata dalam sistem pendidikan kita."



Piawaian emas bagi latihan teknikal dan vokasional ialah di Jerman, katanya.



Ia mempunyai laluan dua hala di mana pelajar akan menjalani program pelatih tiga tahun dengan sebuah masyarakat, menghabiskan sekitar sebahagian daripada masa mereka belajar semasa bekerja dan baki tempohnya ialah di sekolah latihan vokasional.



Sistem sedemikian yang diambil sekitar separuh daripada kohort di Jerman dipandang tinggi oleh masyarakat, katanya.



Singapura, juga telah memulakan program belajar-kerja di institut pengajian tinggi terutama ITE dan politeknik.



ITE kini menawarkan 24 program diploma bekerja-belajar teknikal yang merupakan program yang berdasarkan program pelatih dengan 70 peratus kursus yang disampaikan menerusi latihan di bekerja yang berstruktur.



Kata Encik Wong: "Ia merupakan laluan aplikasi penting bagi pelajar untuk mempelajari, meraih kemahiran kukuh dan pengalaman pekerjaan relevan.



"Kita sedang memulakan daripada kedudukan kukuh tetapi lebih banyak yang lebih dilakukan dalam bidang ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >