Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Pendidikan, kemampanan pererat hubungan S’pura-Finland

Jul 27, 2023 | 06:07 PM



Hubungan antara Singapura dan Finland dicirikan oleh hubungan ekonomi yang teguh dan kerjasama erat dalam bidang seperti pendidikan, perancangan bandar dan kemampanan.

Demikian menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, ketika beliau menyertai majlis penamanan pokok di Kebun Bunga Singapura pada 23 Julai.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), adalah tetamu terhomat di acara itu yang diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dan Finland.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Luar Singapura, Lembaga Taman Negara (NParks) dan Kedutaan Finland di Singapura.

Dr Maliki disertai Duta Finland ke Singapura, Encik Antti Vänskä; Duta Singapura Tidak Bermastautin ke Finland, Encik Cheong Koon Hean; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NParks, Cik Hwang Yu-Ning; wakil pelajar dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD); serta ahli daripada masyarakat Finland di Singapura.

Dua spesies pokok yang jarang ditemui dalam koleksi Diospyros ditanam pada acara tersebut, sekali gus menambah kepada koleksi Kebun Bunga Singapura yang mempunyai lebih 70 spesies pokok.


Semasa berucap, Dr Maliki berkata penanaman pokok itu bukan sahaja melambangkan persahabatan yang kekal dan berkembang antara Singapura dan Finland, tetapi juga mewakili hubungan antara rakyat kedua-dua negara yang semakin meningkat.

“Menanam pokok sangat simbolik. Kita tahu bahawa ia mewakili harapan, daya tahan, dan janji masa depan yang lebih cerah.

“Sama seperti anak pokok ini akan berakar dan tumbuh menjadi pokok yang kuat suatu hari nanti, saya pasti persahabatan yang berkekalan antara Singapura dan Finland akan terus berkembang,” kata Dr Maliki.

Beliau menambah bahawa hubungan dijalin antara rakyat kedua-dua negara berfungsi sebagai platform untuk saling bertukar pengetahuan, pemahaman, pengalaman dan budaya.

Majlis penanaman pokok yang sama akan diadakan di Taman Kalasatama di Helsinki, Finland, pada 28 Ogos. Singapura akan diwakili Konsul Jeneral Kehormat Singapura di Helsinki, Dr Heikki Kyöstilä.

Kedua–dua acara penanaman pokok ini meraikan persahabatan yang kukuh antara Singapura dan Finland dan menekankan komitmen kedua-dua negara ke arah kemampanan dan pemuliharaan alam sekitar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >