Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: S’pura sedia sokong Mesir hulur bantuan kemanusiaan bagi warga Palestin di Gaza

Mufti Besar Mesir puji semangat ihsan dan simpati umat Islam Singapura, bukan sahaja kepada saudara Islam, malah bagi warga bukan Islam juga
Nov 12, 2023 | 12:39 PM



Singapura bersedia untuk membantu Mesir menyediakan bantuan kemanusiaan yang diperlukan bagi warga Palestin di Gaza, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), berkata ini dapat dilakukan menerusi penghantaran pasukan perubatan dan menempatkan pasukan itu pada bila-bila masa mereka diperlukan.

Dr Maliki berada di Mesir sebagai sebahagian daripada lawatan kerjanya ke Kahirah dari 9 hingga 11 November.

Dalam lawatan tiga hari itu, Dr Maliki bertemu para pemimpin Mesir, dan beliau mengesahkan hubungan rapat dua hala antara kedua-dua negara selain menawarkan sokongan Singapura untuk membantu negara tersebut menyediakan bantuan kemanusiaan yang diperlukan bagi warga Palestin di Gaza.

Dr Maliki berkata pemimpin negara Mesir telah menyatakan kepadanya bahawa sumber perubatan agak terhad di Mesir dan mereka inginkan bantuan dari Singapura untuk mendapatkan sumbangan perubatan.

“Saya berkata bahawa Singapura sedia untuk membantu mereka menerusi penghantaran pasukan perubatan dan menempatkan pasukan itu bila-bila masa mereka diperlukan,” kata Dr Maliki.

Semasa di sana, Dr Maliki turut bertemu Penolong Menteri Pertahanan Perhubungan Luar Mesir, Mohammed Salaheldine Hassan, yang mengurus operasi lapangan terbang di bandar Al-Arish, berdekatan Rafah dan di mana barangan dapat dihantar.

“Kami akan bekerjasama dengan mereka, dan mereka sudah bersedia menerima apa jua penerbangan barangan yang akan dihantar dari Singapura ke Al-Arish supaya perjalanan darat tidak perlu sejauh dari Kahirah ke Rafah,” ujar Dr Maliki.

Pada Jumaat, Dr Maliki telah menyaksikan penyerahan cek bernilai $2 juta dolar daripada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin untuk menyokong usaha kemanusiaan yang sedang berlangsung di Gaza.

Pada Sabtu pula, Dr Maliki menyaksikan penyerahan bantuan tambahan AS$100,000 ($136,090) daripada Palang Merah Singapura (SRC) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) bagi membantu pembelian barangan kemanusiaan yang amat diperlukan di Gaza.

Pada Sabtu juga, Dr Maliki menemui Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Ibrahim Allam.

Berkongsi tentang apa yang dikatakan Mufti Besar Mesir itu, Dr Maliki berkata bahawa Dr Shawki memuji semangat keihsanan dan simpati umat Islam Singapura, bukan sahaja kepada saudara Islam, malah bagi warga bukan Islam juga.

Ternyata mereka amat terkesan dengan krisis yang sedang berlaku di Gaza.

“Beliau mengatakan apa yang umat Islam Singapura lakukan sekarang ini adalah sesuatu yang baik iaitu mempunyai semangat keihsanan. Berasa kepahitan yang dilalui oleh para penduduk Palestin ini merupakan sesuatu yang lazim dan naluri bagi seorang Islam.

“Beliau juga berkata kita mempunyai semangat simpati bukan sahaja kepada umat Islam yang menjadi mangsa malah bagi umat bukan Islam juga yang menjadi mangsa. Ini merupakan semangat kemanusiaan,” kata Dr Maliki.

Semasa di sana, beliau turut bertemu dengan beberapa wakil perniagaan untuk meneroka peluang perniagaan di Mesir dan juga di Singapura, di samping memahami cabaran serta landskap perniagaan di Mesir.

Dr Maliki turut menyampaikan Sijil Daya Tahan Covid-19 kepada Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir (Perkemas) dan mengadakan dialog tertutup bagi para pelajar berkongsi pandangan dan cabaran yang mereka hadapi semasa menjalani pembelajaran di luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >