Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN EHWAL LUAR

Maliki: S'pura teguh sokong huraian dua negara bagi Israel, Palestin

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA teguh dalam sokongannya kepada kedua-dua, Israel dan Palestin, bagi mereka mencapai huraian dua negara melalui perundingan, agar boleh hidup sebelah-menyebelah dalam keadaan aman dan selamat.



Menekankan pendirian Singapura dalam isu itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata sebagai rakan kepada kedua-dua pihak, Singapura terus menggesa Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) kembali ke rundingan langsung.



"Keputusan baru-baru ini oleh pemerintah Israel untuk meluluskan sembilan pejabat luar di Tebing Barat secara retroaktif amat membimbangkan.



"Langkah sepihak seperti ini akan hanya meningkatkan lagi ketegangan dan melemahkan prospek keamanan dan kami menggesa semua pihak mengelakkan mengambil lagi tindakan sepihak sedemikian," kata Dr Maliki, sambil menambah bahawa Singapura menyokong Jordan sebagai pihak yang menjaga tempat suci Kristian dan Islam di Baitulmakdis.



Beliau berkata demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) pada Isnin.



Dr Maliki juga berkata hubungan Singapura dan PA kekal kukuh, dan beliau serta Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, melawat Ramallah di Tebing Barat secara berasingan tahun lalu.



Menurutnya, Singapura akan terus menyokong usaha PA membina kapasiti mereka melalui Pakej Bantuan Teknikal yang dipertingkat, yang telah mereka tubuhkan bersama Singapura pada 2013.



Dr Maliki berkata memandangkan pergolakan dan cabaran yang terus dihadapi dunia, adalah lebih penting Singapura terus mara dan mengukuhkan hubungan dengan rakan-rakan antarabangsa.



Sebagai respons kepada soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang hubungan Singapura dengan Timur Tengah, Dr Maliki berkata Singapura akan terus mengukuhkan pelibatan mereka dengan Timur Tengah dan Asia Tengah.



"Hubungan kita dengan negara-negara Teluk kekal cemerlang dan terdapat minat yang semakin meningkat untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui.



"Kita jika tidak sabar untuk meningkatkan hubungan kita dengan Arab Saudi," ujar Dr Maliki, sambil menambah bahawa beliau gembira ibadah haji pada 2023 telah disambung tanpa sekatan, dan berharap Arab Saudi akan mempertimbangan dengan baik untuk menambah kuota haji Singapura.



Dr Maliki juga berkata Singapura menikmati hubungan cemerlang dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang merupakan rakan dagang utama Singapura di Timur Tengah, serta dengan Oman dan Qatar, rakan dagang ketiga terbesar negara ini dari rantau itu.



Sebagai respons kepada beberapa soalan Anggota Parlimen (AP) mengenai hubungan Singapura dengan Malaysia, Dr Maliki berkata Malaysia dan Singapura saling berkait rapat dengan hubungan antara rakyat, budaya dan ekonomi yang kukuh.



"Tunggak utama hubungan kita ialah ikatan kekeluargaan serta perkongsian sejarah, bahasa dan budaya. Rakyat Singapura dan Malaysia saling mengunjungi satu sama lain, baik untuk bekerja, beriadah mahupun menziarahi sanak saudara.



"Bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap kekuatan hubungan antara rakyat kita dan harus memastikan generasi muda kita menumpukan perhatian mereka pada hal ini," kata Dr Maliki.



Beliau turut menekankan keperluan mewujudkan peluang bagi belia Singapura dan Malaysia menjalin hubungan dan meluangkan masa bersama untuk mempelajari dan menghargai perspektif dan aspirasi satu sama lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >