Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki temui pemimpin negeri, niaga Terengganu

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), bertemu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said, pada hari pertama kunjungannya ke Terengganu pada Isnin.



Dr Maliki sedang dalam rangka lawatan lima hari ke Kelantan, disusuli Terengganu dari 15 hingga 19 April



Pada hari pertama lawatan beliau ke Terengganu, Dr Maliki juga bertemu Pengerusi Jawatankuasa bagi Budaya Pelancongan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Terengganu, Encik Wan Sukairi Wan Abdullah; Speaker Perhimpunan Perundangan Negeri Terengganu, Dato Haji Yahaya Ali; serta Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Dato' Low Kian Chuan, yang juga Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI).



Dr Maliki juga berkunjung ke Chinatown di Kuala Terengganu di mana beliau bertemu beberapa anggota TCCCI yang juga usahawan kawasan tersebut.



Sementara itu dalam satu catatan Facebook, Dato' Ahmad berkata dalam pertemuan mereka, beliau dan Dr Maliki bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu antara kedua-dua negara.



"Terima kasih Dr Maliki dan delegasi yang bertemu dan beramah mesra bersama kepimpinan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.



"Semoga hubungan antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuhkan dari masa ke semasa," katanya.



Kunjungan Dr Maliki adalah sebahagian usaha Singapura memperkukuh hubungan dengan negeri-negeri di Malaysia dan meneroka bidang kerjasama baru, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Dr Maliki dijangka melakukan kunjungan ke atas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud, dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada 19 April.



Beliau diiringi pegawai MFA dalam lawatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >