ENCIK Muhammad Firdaus Osman, 23 tahun, mencuba kegiatan bermain muzik di jalanan kerana ingin melakukan sesuatu di luar zon selesanya.
"Sewaktu saya belajar di Politeknik Nanyang, saya pernah menyertai kumpulan tarian dan kumpulan acapella," kata beliau, yang kini merupakan mahasiswa di Institut Teknologi Singapura (SIT) dalam bidang kejuruteraan tenaga elektrik.