TEKNOLOGI akan digunakan bagi memperkukuhkan usaha Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam memerangi pengganasan dan jenayah di samping meredakan cabaran tenaga kerja.
Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen tentang usaha MHA mereka semula skop pekerjaan untuk pegawainya dan memastikan keadaan bekerja lebih baik bagi industri keselamatan privet.